Monday, 27 March 2017

TAHU vs KENAL

TAHU vs KENAL
Setakat TAHU menyebut nama ALLAH itu bukan bererti kita sudah sampai kepada tahap mengenal Allah. Sebutan perkataan ALLAH itu, baru duduk pada peringkat TAHU, peringkat tahu dengan peringkat mengenal adalah perkara yang berlainan dan berbeza.
Cara mengenal Allah itu, bukan sekadar hanya tahu menyebut nama Allah. Orang asing atau budak sekolah rendah, yang berumur 3 tahun pun tahu menyebut nama Allah. Apakah dengan MENYEBUT Allah atau MEMANGGIL Allah itu, bererti kita sudah mengenal Allah?! Itu bukan caranya, jalan atau kaedah mengenal Allah.
Adapun bagi yang betul-betul berilmu makrifat, baginya setiap kata dan lafaznya adalah putus (muktamad, jelas dan nyata). Tidak ada kata lain lagi selain yang hak. Benar tetap benar biar pun pahit. Tetapi yang pahit itu selalunya dibenci, dicemuh dan dijauhi orang. Sedangkan yang pahit itulah sebenarnya penawar dan kebiasaannya yang manis itulah racun.
Terimalah hakikat bahawa hidup ini boleh atau tidak, mahu atau tidak mahu, kita kena belajar dan kita harus menuntut ilmu makrifat (ilmu mengenal diri dan ilmu mengenal Allah). Ilmu makrifat adalah satu-satunya ilmu tumpangan yang dapat menyelamatkan kita dunia dan akhirat.
Semoga Allah memberi faham kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Amiin2
Tdk Berhuruf Tdk Bersuara

No comments:

Post a Comment