ISTIMEWA BUAT PARA SALIK
Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka, maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak, maka merangkaklah kepada-Nya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk, maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata wang palsumu!
akan tetap menerima mata wang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai seratus keraguan mengenai Tuhan, maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!
Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji, ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman:
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
atau pun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,
atau pun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,
kerana Aku-lah jalan itu.
No comments:
Post a Comment