Saturday, 25 March 2017

MAKRIFAT MELALUI JALAN CINTA

MAKRIFAT MELALUI JALAN CINTA
Seorang sufi agung, Syeikh Jalaluddin Rumi berpendapat bahawa untuk memahamkan kehidupan dan asal-usul kewujudan dirinya, manusia harus menggunakan jalan cinta, bukan hanya dengan jalan pengetahuan. Cinta menurut Rumi merupakan asas penciptaan alam semesta dan kehidupan di dalamnya. Di sini cinta dapat bermakna kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu atau menjelmakan sesuatu.
Cinta juga dapat diberi makna sebagai sebuah ilmu pengetahuan intuitif, yang bersifat langsung antara subjek dengan objek yang dikaji, yang berdasarkan pada gerak hati terdalam. Dalam kehidupan keberagamaan, cinta boleh diertikan sebagai keimanan yang mendalam dan kukuh kepada Yang Maha Kuasa.
Semua agama, menurut Rumi, mengajarkan pentingnya cinta, iaitu cinta kepada alam kerohanian yang merupakan asal-usul kehidupan manusia. Melalui cinta, kita dapat membuang batas-batas perbezaan seperti ras, agama, bangsa, budaya, dan lain-lain. Dalam sebuah puisi, beliau mengatakan bahawa hakikat manusia sebenarnya ialah kedirian yang bersifat Spiritual;
Apa yang mesti ku lakukan oh Muslim? Jika aku tak kenal diriku?
Aku bukan Kristian, Yahudi, Majusi, dan bukan pula Muslim..
Aku tak berasal dari Timur atau Barat, tidak ada darat atau lautan..
Aku tidak dari alam, atau angkasa biru yang berputar..
Aku tidak dari tanah, air, udara, atau api..
Tidak dari bintang zuhrah atau debu, tidak dari kewujudan dan wujud..
Aku tidak berasal dari India, China, Bulgaria, atau Saqsin..
Tidak dari kerajaan Iraq atau Khurasan..
Aku tidak berasal dari dunia ini., tidak dari alam akhirat,.
Tidak pula dari syurga atau neraka;
Tidak dari Adam dan Hawa, atau Taman Eden dan Malaikat Ridzuan..
Tempatku tidak bertempat, jejakku tidak berjejak..
Aku bukan milik tubuh dan jiwa, aku milik jiwa Kekasih..
Ku buang dualitas, ku pandang dua alam satu semata;
Satu saja yang ku cari, satu yang ku kenal, ku lihat dan ku seru..
Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zahir dan yang Batin~
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Faiz D. Ace Kerana DIA ingin mencintai,
Kerana DIA ingin dicintai,
Jadi DIA menzahirkan bukti,

Dengan CINTA kekal abadi,

Cintailah CINTA,
Jangan diharap balasan CINTA,
Karena DIA sudah mencintaimu lama sebelum kamu mengetahuinya,
SukaBalasan2 jam
Hakikat Insan Terbaik, kalam sufi 
Saudara Faiz D. Ace
SukaBalasan

No comments:

Post a Comment