Saturday, 4 March 2017

KETINGGIAN ILMU USULUDDIN

KETINGGIAN ILMU USULUDDIN
Ilmu Usuluddin itu adalah lebih tinggi kemuliaannya daripada sekalian ilmu kerana ia membicarakan perkara yang bersangkut paut dengan Zat-Nya Taala daripada ada-Nya dan sedia-Nya.
Pendeknya, ilmu yang membicarakan tentang mengenal Allah dan Rasul-Nya, maka jangan sekali-kali kalian meletakkan ilmu ini di sebelah belakang. Ini kerana kesemua ibadat itu tidak diterima daripada orang yang tidak kenal akan Allah Taala.
Marilah kita perhatikan satu hadis yang tersebut di dalam kitab "Durratun- Nashihin" yang berbunyi, mafhumnya:
Dikatakan: "Wahai Rasulullah! Yang manakah daripada amal itu yang lebih afdhal?"
Maka sabdanya: "Tahu dan kenal dengan Allah Taala kerana sedikit amal memberi manfaat bersama ilmu (kenal itu) dan sesungguhnya banyak amal itu tidak memberi manfaat bersama dengan kejahilan (kebodohan) itu."

No comments:

Post a Comment