Wednesday, 1 March 2017

JENIS DADAH

KENALI JENIS-JENIS DADAH DI MALAYSIA
🌟Ganja a.k.a kanabis
Ganja adalah dadah yang paling popular di Malaysia. Ianya juga dianggap sebagai dadah 'gateway' kepada dadah jenis lain yang lebih teruk kesannya. Menurut statistik, kebanyakan penagih dadah jenis lain bermula dengan dadah jenis ganja terlebih dahulu. Diluar negara, ganja lebih dikenali sebagai marijuana (dibaca mari-wana bukan mari-jua-na). Istilah lain yang popular di Malaysia selain ganja pula adalah "boh", "balut", "daun" dan bahkan ada juga menggelarkan ganja sebagai "husin" atau "usin".
Selain gelaran yang unik untuk susah difahami oleh orang awam, ada juga gaya pergerakan tangan yang dibuat untuk menunjukkan simbol "ganja" ini. Contohnya sekiranya individu A mahu bertanya kepada individu B adakah beliau memiliki sedikit ganja untuk dikongsi, individu A akan menggores-gores telapak tangannya menggunakan ibu jari tangan yang sama (gaya seperti sedang balut rokok). Harga sebata ganja ini lebih kurang RM900 ke RM1500.
💥Pil Kuda
Pil kuda ni sudah dikira "rare" di negeri utara Malaysia dan juga Sabah Sarawak. Pil ini mudah didapati di negeri Kelantan dan Terengganu. Kebanyakan yang terjebak dengan pil kuda biasanya akan terjebak juga dengan dadah jenis syabu. Kerana kedua-dua dadah ini kononnya memberikan 'extra' energi kepada pengambilnya. Ianya juga boleh membuatkan individu itu menjadi terlebih berani dan aggresive. Jadi anda mungkin sudah faham kenapa mat rempit kebanyakannya berani mati. Walaupun begitu, janganlah dituduh semua orang bermotorsikal itu sebagai mat rempit ya.
Pil kuda ni rupanya kecil macam pil ubat selsema berwarna merah hati. Cara penggunaannya bukan dengan cara makan. Pil kuda ni perlu dibakar terlebih dahulu. Kemudian asapnya itu akan disedut ke dalam mulut. Kebanyakan yang mengambil pil kuda ni gigi mereka akan rosak teruk berwarna kehitaman dan boleh menyebabkan gigi pecah. Harga pil kuda kini mencecah RM120. tahun 90an sebijik cuma RM15 ke RM30.
💥Pil Ecstacy
Pil ini lebih popular dikalangan individu yang sukakan musik atau masuk ke kelab malam. Pil ada didalam bermacam bentuk dan warna. Ada juga pil ecstacy yang kelihatan seperti gula-gula kanak-kanak dengan gambar kartun comel. Diantara sebab pil ini popular dikalangan orang yang suka berparti adalah kerana musik yang kuat dan berdentum-dentum akan membantu tahap khayalan individu tersebut. Selain itu, ecstacy juga menyebabkan penambahan nafsu syahwat untuk melakukan seks. Sebab itulah di luar negara ianya digelar "love pill". Nama lainnya adalah XTC dan MDMA. Harganya tidak menentu bergantung kawasan juga. Biasa didengari sebiji RM50 ke atas.
💥Pil erimin 5
Kesan pil erimin 5 pun hampir sama dengan ecstacy. Cuma pengambilan pil ini boleh menyebabkan halusinasi yang lebih teruk berbanding ecstacy. Ianya juga popular dikalangan "party people" kerana ia memberi rasa seronok pada individu yang mengambil eramin 5 ini. Ramai wanita tak tahu, pil ini digunakan untuk memudahkan lelaki serigala merogol mereka di dalam kelab malam sebab itulah ianya digelar "rape drug". Banyak kematian melibatkan erimin 5 biasanya melibatkan alkohol pada masa yang sama. Harganya lebih kurang sama dengan ecstacy.
💥Ubat kepak a.k.a GHB
Ini satu lagi pil untuk memudahkan lelaki serigala merogol mangsanya. Serbuk didalam pil ini biasanya dicampur ke dalam air untuk menghilangkan kesedaran mangsa. Adakalanya mangsa boleh pengsan terus apabila terdedah kepada dadah ini dan adakalanya menjadi separuh sedar justeru membiarkan lelaki melakukan apa saja kepadanya. Dadah jenis ini yang biasa dijumpai di Malaysia biasanya diimport dari negara Thailand berbentuk seperti pin bowling (memudahkan urusan kepak dan picit). Namun begitu ianya juga ada didalam bentuk kapsul pil biasa.
Tahun 90an harganya murah sahaja lebih kurang RM5 sebiji pil. Sekarang dengar cerita sudah mencecah RM100 sebiji pil.
💥Ubat batuk
Ubat batuk ini asalnya digelar sebagai "kodein". Di sesetengah kawasan pedalaman ada juga menggelarkannya sebagai "gayah". 2017 ini sudah jarang didengari mengenai kes-kes melibatkan ubat batuk. Mungkin dadah jenis ini sudah ketinggalan zaman dan tak mengikut trend semasa. Antara kesan pengambilan ubat batuk mudah dilihat. Mata akan menjadi merah kekuningan, percakapan melalut-lalut dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, kalau individu itu mengambil ubat batuk secara berlebihan, dia akan jadi tak ubah seperti orang gila di jalanan. Percayalah. Harganya bergantung size botol. Bermula dari RM20 ke ribuan ringgit
💥Pil Methadone
Pil metadhone ada dijual di farmasi dan klinik-klinik tertentu asalkan mendapat lesen dari kerajaan. Bahkan ianya juga boleh didapati dari klinik dan hospital kerajaan. Pil Methadone digunakan untuk mengubati dan mengawal pesakit yang ketagihan dadah jenis opium yang lain. Kesannya tidak seteruk dadah yang lain namun masih mampu membuatkan pesakit itu bertindak aggresive apabila kesannya sudah habis (di jalanan orang panggil situasi ini sebagai "kong").
💥Syabu
Dan pemenang untuk kategori dadah popular masakini jatuh kepada syabu. Syabu atau nama lainnya
“Methaphetamine", memang sangat terkenal dikalangan remaja. Ianya kini menular ke kawasan-kawasan kampung pedalaman walaupun harganya sangat mahal. Pada tahun 90an, dadah ini cuma digunakan oleh orang bangsawan saja, kini tidak lagi. Anak kepada petani kecil pun boleh terjebak dengannya. Di jalanan, orang menggelar syabu sebagai ice, ais, ataupun batu kerana bentuknya seperti kristal ais.
🔥Di Malaysia, ramai penagih dadah seperti penagih pil kuda, kokain, ubat batuk dan sebagainya kini beralih arah kepada syabu. Siapa tokan syabu dizaman ini dialah raja dialah dewa. Tak kena cekup tak apa, kalau kena cekup padan muka kau.
🔥Antara tanda pengambilan syabu adalah banyak bercakap (kadang-kadang benda tak berkaitan pun), aggresive, self-confident yang tinggi, dan bermacam-macam lagi. Kalau orang tak kenal individu tersebut, pasti orang akan salah sangka menganggap individu itu hebat, berwawasan dan berpandangan jauh. Tapi bila habis kesan syabu, anda akan dapat melihat individu tersebut bertukar dari seorang manusia kepada babi yang harapkan penerajang orang sekeliling. Mereka akan jadi bad mood, cepat marah, dan cepat berpeluh (badan terasa panas). Harga syabu mahal ya rabbi. Bayangkan 100 miligram boleh mencecah RM60. Kalau sekilo?
🔥Ini adalah senarai dadah popular dikalangan remaja masakini (2017). Walaupun begitu masih ada lagi dadah jenis lain yang mudah didapati di Malaysia seperti kokain, morphin, heroin, dan sebagainya. akan ditulis pada artikel yang lain.
Wallahualam

No comments:

Post a Comment