Imam Al Ghazali rahimahullah pernah melalui satu fasa jiwa yang berkecamuk semasa beliau sudah menjadi tenaga pengajar utama (ilmu syariat @ fekah) di Madrasah Nizhamiyah.
Pengakhiran kepada fasa itu ialah beliau pergi ke Masjid Damsyik dan ber-uzlah di sana selama 10 tahun di belakang sudut kanan masjid tersebut (digelar zawiyah Al ghazali) di suatu tempat yang orang tidak mengenalinya walaupun sudah tergolong dalam golongan ulama besar pada masa itu.
Ketika itulah beliau mendapat ilmu laduni dan mengarangkannya menjadi sebuah kitab tasawuf yang agung iaitu Ihya' Ulumuddin.
DOA MOHON KESABARAN
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الصَّبْرَ عِنْدَ الْقَضَاءِ وَالْفَوْزَ عِنْدَ اللِّقَاءِ وَمَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَ عَيْشَ السُّعَدَاءِ وَالنَّصْرَ عَلَى اْلأَعْدَاءِ وَمُرَافَقَةَ اْلأَنِبِيَاءِ.
Ya Allah aku memohon kepada-Mu kesabaran ketika menerima ketentuan (takdir dari-Mu), keberuntungan ketika perjumpaan (dengan-Mu), darjat para syuhada, kehidupan orang-orang yang bahagia, pertolongan atas musuh, dan berdampingan dengan para Nabi (di syurga).
No comments:
Post a Comment