Wednesday, 1 March 2017

IBADAH YANG DIREDHAI

IBADAH YANG DIREDHAI
Jangan berbangga dengan solat, puasa dan zikir yang banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda.
Justeru, apa yg membuatkan Allah redha?
Nabi Musa AS: "Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?"
Allah SWT: "Solat? Solatmu itu untuk dirimu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara daripada perbuatan keji dan munkar."
"Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang."
"Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri."
Nabi Musa AS: "Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau redha ya Allah?"
Allah SWT: "Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku redha, kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda."
(Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262)
Apabila kamu sibuk dengan ibadah yang lazim dan berbangga dengannya, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah.
Tetapi, apabila kamu berbuat baik dan berkorban untuk orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah redha kerananya.
Buatlah perkara yang Allah redha maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuatkan hidupmu lapang dan bahagia.
Kitab "Mukasyafatul Qulub"
karya Imam Al-Ghazali

No comments:

Post a Comment