🌹🌹 Sehari SATU Hadith 🌹🌹
HADITH KE 004
{ BAB NIAT }
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
" صلاة الرجل في جماعة تزيد على صلاته في سوقه وبيته بضعاً وعشرين درجه وذلك أن أحدهم إذا توضأ فأحسن الوضوء ثم أتى المسجد لا يريد إلا الصلاة، لا ينهزه إلا الصلاة، لم يخط خطوة إلا رفع له بها درجة، وحط عنه بها خطيئة حتى يدخل المسجد، فإذا دخل المسجد كان في الصلاة ما كانت الصلاة هى تحبسه، والملائكة يصلون على أحدكم ما دام في مجلسه الذى صلى فيه، ما لم يحدث فيه "
( متفق عليه )
Dari Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه berkata :
" Rasulullah ﷺ bersabda :
" Solatnya seseorang lelaki dengan berjamaah itu melebihi solatnya di pasar atau rumahnya secara sendirian dengan dua puluh lebih (tiga sampai sembilan tingkat darjatnya).
Yang sedemikian itu ialah kerana apabila seseorang itu berwudhu' dan memperbaguskan cara wudhu'nya, kemudian mendatangi masjid, tidak menghendaki ke masjid itu melainkan hendak solat, tidak pula ada yang menggerakkan kepergiannya ke masjid itu kecuali hendak solat, maka tidaklah ia melangkahkan kakinya selangkah kecuali ia dinaikkan tingkatnya sedarjat dan kerana itu pula dileburlah satu kesalahan daripadanya sehingga ia masuk masjid.
Apabila ia telah masuk ke dalam masjid, maka ia memperolehi pahala seperti dalam keadaan solat, selama memang solat itu yang menyebabkan ia bertahan di dalam masjid tadi, juga para malaikat mendoakan untuk mendapatkan kerahmatan Allah pada seseorang dari engkau semua, selama masih berada di tempat yang ia solat di situ. Para malaikat itu berkata yang maksudnya :
" Ya Allah, kasihanilah orang ini; wahai Allah, ampunilah ia; ya Allah, terimalah taubatnya. "
Hal sedemikian ini selama orang tersebut tidak berbuat buruk dan juga selama ia tidak batal wudhu'nya. "
(Muttafaq 'alaih)
🌷 Cinta Rasul Community 🌷
🌷 Malaysia Cinta Rasul 🌷
No comments:
Post a Comment