Sunday, 5 March 2017

Hadis

๐ŸŒน๐ŸŒน  Sehari SATU Hadith  ๐ŸŒน๐ŸŒน
                 HADITH KE 005
                 { BAB TAUBAT }


ุนู† ุฃุจูŠ ุณุนูŠุฏ ุณุนุฏ ุจู† ู…ุงู„ูƒ ุจู† ุณู†ุงู† ุงู„ุฎุฏุฑูŠ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ :
ุฃู† ู†ุจูŠ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„ ‏:‏
"‏ ูƒุงู† ููŠู…ู† ูƒุงู† ู‚ุจู„ูƒู… ุฑุฌู„ ู‚ุชู„ ุชุณุนุฉ ูˆุชุณุนูŠู† ู†ูุณุงً، ูุณุฃู„ ุนู† ุฃุนู„ู… ุฃู‡ู„ ุงู„ุฃุฑุถ، ูุฏู„ ุนู„ู‰ ุฑุงู‡ุจ، ูุฃุชุงู‡
ูู‚ุงู„ ‏:‏ ุฅู†ู‡ ู‚ุชู„ ุชุณุนู‡ ูˆุชุณุนูŠู† ู†ูุณุงً، ูู‡ู„ ู„ู‡ ู…ู† ุชูˆุจุฉ‏؟‏
ูู‚ุงู„‏:‏ ู„ุง،
ูู‚ุชู„ู‡ ููƒู…ู„ ุจู‡ ู…ุงุฆุฉً، ุซู… ุณุฃู„ ุนู† ุฃุนู„ู… ุฃู‡ู„ ุงู„ุฃุฑุถ، ูุฏู„ ุนู„ู‰ ุฑุฌู„ ุนุงู„ู…
ูู‚ุงู„ ‏:‏ ุฅู†ู‡ ู‚ุชู„ ู…ุงุฆุฉ ู†ูุณ ูู‡ู„ ู„ู‡ ู…ู† ุชูˆุจุฉ‏؟‏
ูู‚ุงู„ ‏:‏ ู†ุนู…، ูˆู…ู† ูŠุญูˆู„ ุจูŠู†ู‡ ูˆุจูŠู† ุงู„ุชูˆุจุฉ‏ ؟‏ ุงู†ุทู„ู‚ ุฅู„ู‰ ุฃุฑุถ ูƒุฐุง ูˆูƒุฐุง، ูุฅู† ุจู‡ุง ุฃู†ุงุณุงً ูŠุนุจุฏูˆู† ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰
ูุงุนุจุฏ ุงู„ู„ู‡ ู…ุนู‡ู…، ูˆู„ุง ุชุฑุฌุน ุฅู„ู‰ ุฃุฑุถูƒ ูุฅู†ู‡ุง ุฃุฑุถ ุณูˆุกٍ، ูุงู†ุทู„ู‚ ุญุชู‰ ุฅุฐุง ู†ุตู ุงู„ุทุฑูŠู‚ ุฃุชุงู‡ ุงู„ู…ูˆุช، ูุงุฎุชุตู…ุช ููŠู‡ ู…ู„ุงุฆูƒุฉ ุงู„ุฑุญู…ุฉ ูˆู…ู„ุงุฆูƒุฉ ุงู„ุนุฐุงุจ‏.‏
ูู‚ุงู„ุช ู…ู„ุงุฆูƒุฉ ุงู„ุฑุญู…ุฉ ‏:‏ ุฌุงุก ุชุงุฆุจุง ู…ู‚ุจู„ุง ุจู‚ู„ุจู‡ ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰،
ูˆู‚ุงู„ุช ู…ู„ุงุฆูƒุฉ ุงู„ุนุฐุงุจ ‏:‏ ุฅู†ู‡ ู„ู… ูŠุนู…ู„ ุฎูŠุฑุง ู‚ุท، ูุฃุชุงู‡ู… ู…ู„ูƒ ููŠ ุตูˆุฑุฉ ุขุฏู…ูŠ ูุฌุนู„ูˆู‡ ุจูŠู†ู‡ู…- ุฃูŠ ุญูƒู…ุงً-
ูู‚ุงู„‏ :‏ ู‚ูŠุณูˆุง ู…ุง ุจูŠู† ุงู„ุฃุฑุถูŠู† ูุฅู„ู‰ ุฃูŠุชู‡ู…ุง ูƒุงู† ุฃุฏู†ู‰ ูู‡ูˆ ู„ู‡، ูู‚ุงุณูˆุง ููˆุฌุฏูˆู‡ ุฃุฏู†ู‰ ุฅู„ู‰ ุงู„ุฃุฑุถ ุงู„ุชูŠ ุฃุฑุงุฏ، ูู‚ุจุถุชู‡ ู…ู„ุงุฆูƒุฉ ุงู„ุฑุญู… ุฉ ‏"‏
(‏ ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡‏ )‏‏

Dari Sayyidina Abu Said, iaitu Sa'ad bin Sinan al-Khudri ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡
Bahawasanya Rasulullah ๏ทบ
 bersabda :
" Ada seorang lelaki dari golongan ummat yang sebelummu telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia, kemudian ia menanyakan tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, ialu ia ditunjukkan pada seorang pendeta. la pun mendatanginya dan selanjutnya berkata bahawa sesungguhnya ia telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia, apakah masih diterima untuk bertaubat.
Pendeta itu menjawab : " Tidak dapat. "
Kemudian pendeta itu dibunuhnya sekali dan dengan demikian ia telah menyempurnakan jumlah seratus dengan ditambah seorang lagi itu.
Lalu ia bertanya lagi tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, kemudian ditunjukkan pada seorang yang alim, selanjutnya ia mengatakan bahawa sesungguhnya ia telah membunuh seratus manusia, apakah masih diterima taubatnya.
Orang alim itu menjawab: " Ya, masih dapat. Siapa yang dapat menghalang-halangi antara dirinya dengan taubat itu. Pergilah engkau ke tanah begini-begini, sebab di situ ada beberapa kelompok manusia yang sama menyembah Allah Ta'ala, maka menyembahlah engkau kepada Allah itu bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab tanahmu adalah negeri yang buruk. "
Orang itu terus pergi sehingga di waktu ia telah sampai separuh perjalanan, tiba-tiba ia didatangi oleh kematian.
Kemudian bertengkarlah untuk mempersoalkan diri orang tadi malaikat kerahmatan dan malaikat seksaan (yakni yang bertugas memberikan kerahmatan dan bertugas memberikan seksa),
Malaikat kerahmatan berkata :
" Orang ini telah datang untuk bertaubat sambil menghadapkan hatinya kepada Allah Ta'ala. "
Malaikat seksaan berkata :
" Bahawasanya orang ini sama sekali belum pernah melakukan kebaikan sedikit pun. "
Selanjutnya ada seorang malaikat yang mendatangi mereka dalam bentuk seorang manusia, lalu ia dijadikan sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, yakni dijadikan hakim pemutusnya (untuk menetapkan mana yang benar).
Ia berkata : " Ukurlah olehmu semua antara dua tempat di bumi itu, ke mana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini adalah untuknya (maksudnya jikalau lebih dekat ke arah bumi yang dituju untuk melaksanakan taubatnya, maka ia adalah milik malaikat kerahmatan dan jikalau lebih dekat dengan bumi asalnya maka ia adalah milik malaikat seksaan). "
Malaikat-malaikat itu mengukur, kemudian didapatinya bahawa orang tersebut adalah lebih dekat kepada bumi yang dikehendaki (yakni yang dituju untuk melaksanakan taubatnya).
Oleh sebab itu maka ia dijemputlah oleh malaikat kerahmatan. "
( Muttafaq 'alaih )

๐ŸŒท Cinta Rasul Community ๐ŸŒท
  ๐ŸŒท Malaysia Cinta Rasul ๐ŸŒท

No comments:

Post a Comment