Sunday, 5 March 2017

fb

Sebelum kita hendak menyanyangi seseorang, belajarlah menyanyangi kedua ibu bapamu seikhlas hatimu. Jika kamu tidak dapat menyanyangi kedua ibu bapamu seikhlas hatimu, mana mungkin kamu dapat menyanyangi orang lain dengan ikhlas. Ingat berbohong pada diri sendiri tiada siapa yang tahu termasuk diri kita sendiri.


Nak hidup berkat amat mudah sekali, jangan suka mengumpat, jangan suka buka aib orang, jangan suka bercerita keburukan orang, pendek Kata jangan suka bersikap dengan sikap mazmumah. Nescaya hidup kita diberkati Allah.

Hidup ini bukan untuk mencari salah pada diri orang lain, dan mencari benar pada diri sendiri. Tetapi hidup ini adalah mencari kebenaran untuk pedoman sesama kita, agar mebaiki diri dari mengulangi kesilapan.

Harta dunia sekadar untuk memenuhi hajat . Bekal akhirat wajib disediakan dari sekarang, sebagai persedian sebelum maut mendatang.

Hidup ini janganlah hanya pelihara jasad, pelihara lah roh. Jangan asyik makan yang enak enak membesarkan jasad, tetapi roh dibiarkan kurus tanpa makan. Belajarlah mencari makanan roh, agar kelak kita selamat.

Hidup ini jangan jadi seperti gunting, walaupun ianya berjalan lurus, tetapi ianya memisahkan antara satu sama lain. Tak guna rupa elok Kata Kata penuh manis, tetapi bersulam racun berbisa.

Taukeh serunding, Taukeh budu dikelantan kaya Raya rumah besar macam istana, berkereta besar, semua beli cash. Tetapi tak pernah pun nak post kekayaan dia, ni baru beli kereta second hand post over, ada duit lebih sikit dah over macam jutawan, aduhai Kata bodoh kan marah pulak.

Kita ni manusia, bila sebut manusia sudah pasti ada kekurangan dan tidak sempurna. Tiada satu pun manusia yang sempurna, kerana manusia itu hamba, dan makhluk ciptaan Allah. Maka setiap ciptaan sudah pasti lemah dan penuh dengan kekurangan tidak sempurna,tak Kira samaada Raja ke ,agong ke, tun ke dll. Harta banyak ke, kaya ke mahupun miskin tetap tidak sempurna disisi Alla

No comments:

Post a Comment