EMPAT LAKI-LAKI DAN SEORANG ARIF
Empat orang diberi sekeping wang.
Pertama adalah orang Parsi, ia berkata, “Aku akan membeli anggur.”
Kedua adalah orang Arab, ia berkata, “Tidak, kerana aku ingin inab.”
Ketiga adalah orang Turki, ia berkata, “Aku tidak ingin inab, aku ingin uzum.”
Keempat adalah orang Yunani, ia berkata, “Aku ingin membeli stafil.”

Kerana mereka tidak tahu erti nama-nama tersebut, mereka mulai bertengkar. Mereka memang sudah mendapat informasi, tetapi tanpa pengetahuan.
Orang arif yang memperhatikan mereka berkata, “Aku tidak dapat memenuhi semua keinginan kalian, hanya dengan sekeping wang yang sama. Jika kalian jujur percayalah kepadaku, sekeping wang kalian akan menjadi empat; dan keempatnya akan menjadi satu.”
Mereka pun tersedar bahawa sebenarnya keempatnya dalam bahasa masing-masing, menginginkan benda yang sama, iaitu buah anggur.
-Jalaluddin Rumi-
No comments:
Post a Comment