Wednesday, 29 March 2017

Apakah Di Sebalik Puasa Ramadan

Apakah Di Sebalik Puasa Ramadan
Sebagaimana tafsiran hari raya haji (korban), sebegitulah tafsiran hari raya puasa. Jika diambil kira ilmu syariat, pengertian serta tafsiran hari raya puasa adalah merujuk kepada hari kemenangan. Maksud sebenar kemenangan itu apa? Menang apa? Berperang tidak, berjuang tidak dan berjihad tidak. Apakah yang hendak dimenangkan? Tidak akanlah, hanya dengan 30 hari menahan lapar dan dahaga itu, dikatakan tanda menang?
Apakah dengan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga itu boleh dikatakan menang? Setakat puasa lapar dan dahaga, budak seusia 4 atau 5 tahun juga boleh menahan lapar dan dahaga sebagai mana kita yang dewasa. Apakah itu boleh dikatakan kemenangan?
Hadis ada mengatakan bahawa,
“seringan-ringan berpuasa di bulan Ramadhan itu, adalah menahan lapar dan dahaga”
Jika berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga, itu adalah darjat atau tingkatan puasa yang paling kecil (terkebawah), seringan-ringan, serendah-rendah dan selemah-lemah puasa. Manakah yang dikatakan seberat-berat, sebenar-benar dan seafdal-afdal puasa itu?. Jika yang kecil dan yang ringan sahaja yang kita tumpu, kejar, cari dan utamakan, sampai bila untuk kita mendapat tahap puasa yang sebenar-benar puasa, sebenar-besar puasa dan seberat-berat puasa? Jika kita hanya asyik mengutamakan puasa yang kecil (ringan) tanpa mengerjakan puasa yang berat dan besar, manakah yang dikatakan kemenangan? Hendak menang apa? Cuba tuan-tuan jawab persoalan ini.
Orang yang berpuasa itu, adalah orang yang di dalam kemenangan! Sekadar menang lapar dan menang dahaga, itu adalah tahap kemenangan puasa yang rendah dan itu adalah darjat kemenangan puasa yang lemah dan kecil. Kemenangan yang tidak mendatangkan kejayaan itu, bukan dikatakan menang! Apakah erti kemenangan tanpa kejayaan? Menang dengan tidak berjaya, apakah boleh dikatakan menang? Seperti kata pepatah Melayu, “menang sorak, kampung tergadai”. Itukah yang dimaksudkan kemenangan? Lulus peperiksaan tetapi tidak ada sijil! Apakah itu dikatakan kejayaan atau kemenangan? Tanam jagung tetapi tidak ada buah. Apakah itu menang dan apakah itu berjaya?
Budak berusia 4 atau 5 tahun juga boleh melakukan puasa, menahan dahaga dan lapar sebagaimana apa yang dikerjakan oleh orang dewasa. Adakah itu kejayaan dan adakah itu kemenangan? Sedangkan dalam hadis, dengan terang dan jelas mengatakan bahawasanya “menahan lapar dan dahaga itu, adalah seringan-ringan puasa di bulan Ramadhan”. Apakah tuan-tuan sudah berusaha untuk mencari sebenar-besar dan seberat-berat puasa?
Cukupkah dengan sekadar mengendong sesuatu perkara yang ringan, yang juga boleh digendong oleh anak-anak sebaya sekolah tadika? Sepatutnya kita yang dewasa ini, mengerjakan puasa yang lebih berat, yang lebih besar dan yang lebih afdal. Hampir setiap hari siaran radio dan telivisyen ada menyebut bahawa “Seringan-ringan puasa di bulan Ramadhan itu adalah menahan lapar dan dahaga”. Apakah sudah kita jumpa puasa yang berat atau puasa yang besar? Tanya diri kita sendiri, manakah maksud puasa yang besar dan manakah puasa yang berat?
Menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan itu, adalah pekerjaan puasa syariat yang ringan. Mana pengertian puasa yang hakiki dan puasa yang sebenar? Pekerjaan puasa syariat itu, hendaklah disertai dengan pekerjaan hakikat. Amalan syariat yang tidak disertai amalan hakikat itu, adalah batal atau hampa.
Hadis dari Imam Malik;
“Syariat yang tidak disertai hakikat itu, adalah fasik dan hakikat yang tidak disertai syariat itu, adalah kafir!”
Cuba tuan-tuan tanya diri sendiri, adakah sudah kita mengerjakan puasa hakikat dengan tidak meninggalkan puasa syariat? Jika ada, cuba tanya diri sendiri, apakah maksudnya syariat puasa dan apakah maksudnya hakikat puasa itu?
Jika sekiranya kita tidak boleh menjawab atau mentafsirkan pengertian hakikat puasa (roh puasa), apalah ertinya puasa tuan-tuan selama ini. Di manakah kedudukkan puasa tuan-tuan di sisi Allah s.w.t, yang selama ini dikerjakan? Apakah maksud pengertian seberat-berat dan sebenar-besar puasa itu? Jika tahu mengerjakan puasa ringan sebagaimana yang dikerjakan oleh kanak-kanak dengan tidak disertai puasa yang berat ataupun puasa yang besar, apakah nilai dan letaknya puasa kita disisi Allah s.w.t? Cuba jawab.
Oleh itu cukup-cukuplah, sedar-sedarlah dan hentikanlah mengerjakan perkara kecil dan perkara ringan! Marilah sama-sama kita menuju kepada sebenar-benar ibadah puasa yang besar, yang afdal dan yang seberat-berat puasa disisi Allah Taala.
Bagi memahami puasa berat, puasa besar dan puasa yang sebenar-benar afdal itu, hendaklah kita kembali rujuk kepada erti bulan Ramadhan. Apakah ertinya bulan Ramadhan? Erti bulan Ramadhan itu, adalah bulan rahmat, bulan nikmat dan bulan barakah. Bulan dikunci iblis dan syaitan, bulan dibuka pintu syurga dan dibuka pintu langit. Juga, bulan keampunan dan bulan dimakbulkan doa.
Mana nikmatnya puasa, jika dalam berkeadaan lapar? Mana rahmatnya puasa bila berkeadaan tidak makan dan tidak minum? Mana berkatnya puasa jika makanan tidak dapat dimakan? Manakah yang dikatakan pada bulan Ramadhan itu, dirantai, diikat dan dipenjara segala iblis dan syaitan oleh Allah s.w.t, jika pada bulan Ramadhan juga masih ada berlaku maksiat di sana sini? Di bulan Ramadhan juga masih ada orang ditangkap khalwat, masih ada orang minum arak dan juga berjudi.
Masih ada kemungkaran di merata alam. Jenayah perkosaan, pembuangan bayi, kecurian, rompakan dan pembunuhan masih juga berlaku di sana sini pada bulan puasa. Masih berlaku kes bersekedudukkan, kelakuan sumbang mahram dan kemungkaran yang dilakukan di bulan puasa? Sedangkan Allah s.w.t berfirman bahawa di bulan Ramadhan itu, segala jenis syaitan dan segala jenis iblis, diikat, dikunci, dirantai, di jel dan dikurung dalam lokap oleh Allah s.w.t?
Apakah masih ada syaitan atau iblis yang lain? Apakah kurang kuat lokap, penjara, rantai atau jel Allah s.w.t, sehinggakan iblis boleh terlolos atau terlepas dari penjaraNya? Atau adakah syaitan atau iblis itu, mempunyai makna, maksud atau erti yang lain, segala kejahatan itu di dorong oleh iblis dan syaitan? Sedangkan iblis dan syaitan di bulan puasa Ramadhan itu, telah dikurung, dikunci atau di jel dalam penjara dengan rantai Allah s.w.t. Apakah rantai Allah s.w.t itu, boleh terputus, sehingga terlepas atau terlolosnya syaitan dari lokap Allah s.w.t? Jika benar iblis atau syaitan itu, ada maksud, makna atau erti lain di sebaliknya, di manakah dan siapakah sebenarnya syaitan dan iblis? Cuba jawab.
Bagi menghayati pengertian hari raya puasa, hendaklah sekali lagi kita tahu apa itu ertinya Ramadhan. Ramadhan itu, ertinya rahmat, nikmat dan barokah. Saya minta tuan-tuan jangan sebut perkataan bulan, terus sahaja sebut perkataan Ramadhan. Sesudah menyebut perkataan Ramadhan, saya mahu tuan-tuan gantikan sebutan Ramadhan (bahasa arab), dengan sebutan bahasa Melayu. Perkataan Ramadhan, apabila dimelayukan, ia akan membawa erti rahmat, nikmat atau berkat. Untuk mengetahui maksud dan erti Ramadhan yang sebenar, hendaklah kita jangan membunyikan bahasa Arab. Terus sahaja kita sebut dengan bunyi bahasa Melayu iaitu rahmat, nikmat dan barokah.
Inilah cara atau kaedahnya ulamak-ulamak terdahulu menggali, mengkaji dan menilai maksud yang tersirat di sebalik bahasa! Kadang-kadang, kita terkeliru dan terhijab oleh bahasa Arab itu sendiri. Sekarang, mari kita sama-sama sebut perkataan nikmat, rahmat dan barokah (bagi menggantikan bahasa Arab). Apakah yang dikatakan rahmat, apakah yang dikatakan nikmat dan apakah yang dikatakan barokah itu?

No comments:

Post a Comment