AKIDAHKU
Aku tidak mahu taklid buta lagi, walaupun ulama memakai dalil-dalil dan nas yang hebat..
Alhamdulillah, kini jiwaku tenteram dan bahagia.. Hidupku puas dengan nikmat Allah di dalam setiap saat.. Dalam soal ibadah, aku tidak takut sedikit amal.. Perasaanku kini tidak ada lagi merasakan takut dan gentar.. Aku tidak takut dengan neraka, dan tidak takut siksa, dan tidak takut sedikit amal, dan tidak takut dicela, dan tidak takut dikafirkan makhluk, tidak takut miskin, dan tidak takut mati.. Kata-kata takut itu semua lenyap di dalam perasaanku..
Sebaliknya, aku merasa senang, bahagia, kasih sayang, sabar, cinta, dan redha.. Dan aku telah merasa nikmat di dalam nikmat.. Semua nikmat, tidak ada bala dan siksa.. Kini, aku tidak minta syurga lagi.. Sebab nikmat itu syurga, dan telah pun ku rasakan di dalam dunia ini.. Dunia nikmat, akhirat pun nikmat.. Tidak ada yang tidak nikmat bagiku.. Tidak ada yang tidak taat bagiku..
Semua nikmat.. Semua baik.. Semua ibadat.. Semua rahmat.. Dan semua redha bagiku.. Dalam pandanganku, tidak ada lagi iblis dan syaitan, manusia dan jin, malaikat dan nahi-nahi, semua Tuhan dan Tuhan semuanya.. Pendek kata semua Tuhan, tak pernah tak ada Tuhan..
Hanya dengan cara beginilah, hamba Allah akan mencapai ketenteraman jiwa dan kebahagiaan.. Dengan cara inilah, aku mencari kebenaran mutlak.. Dan tidak ada yang lebih bahagia, daripada kebahagiaan seorang ahli makrifat..
No comments:
Post a Comment