AHLI TASAWUF YANG SEJATI
Ahli tasawuf yang sejati ialah mereka yang benar-benar memegang agama yang tulen.. Ahli sufi yang sejati adalah mereka yang jiwanya bebas tidak terikat oleh apa-apa atau sesiapa pun dan bebas menjalankan kebenaran dari ilahi robbi.. Berani mengatakan bahawa itu benar dan ini salah..
Ahli tasawuf adalah putus dengan makhluk dan erat hubungannya dengan tuhan.. Pandangannya adalah Allah semata-mata.. Ahli tasawuf tidak melihat kepada dirinya lagi, hanya Allah dalam pandangannya..
Jadi siapa yang masih melihat kepada dirinya lagi, nescaya tiada melihat akan Tuhannya.. Seluruh pandangan rohaniah memandang satu dalam banyak.. Dan yang banyak pada yang satu..
No comments:
Post a Comment