Nabi S.A.W. bersabda:
"Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada satu tahun beribadat.. Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada tujuh puluh tahun beribadat.. Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada seribu tahun beribadat.."
Nilai sesuatu amalan itu tersembunyi di dalam hakikat kepada yang sebenarnya.. Perbuatan bertafakur di sini nampaknya mempunyai nilai yang berbeza-beza..
Sesiapa merenungi sesuatu perkara dan mencari penyebabnya, dia akan mendapati setiap bahagian mempunyai bahagian-bahagian sendiri, dan dia juga mendapati setiap satu itu menjadi penyebab kepada berbagai-bagai perkara lain.. Renungan sebegini bernilai satu tahun ibadat..
Sesiapa merenungi kepada pengabdiannya dan mencari penyebab dan alasan dan dia dapat mengetahui yang sedemikian, renungannya bernilai lebih daripada tujuh puluh tahun ibadat..
Sesiapa merenungkan hikmah kebijaksanaan Ilahi dan bidang makrifat dengan segala kesungguhannya untuk mengenal Allah Yang Maha Tinggi, renungannya bernilai lebih daripada seribu tahun ibadat, kerana ini adalah ilmu pengetahuan yang sebenarnya..
Pengetahuan yang sebenarnya adalah suasana keesaan. Orang arif yang mencintai menyatu dengan yang dicintainya. Daripada alam kebendaan terbang dengan sayap kerohanian meninggi hingga kepada puncak pencapaian. Bagi ahli ibadat berjalan di dalam syurga, sementara orang arif terbang kepada kedudukan berhampiran dengan Tuhannya.
No comments:
Post a Comment