Thursday, 8 December 2016

MENGENAL DIRI MENGENAL ILAHI


MENGENAL DIRI MENGENAL ILAHI
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat tuan tuan dan puan puan sekalian. Semoga sentiasa di dalam redha dah rahmat Allah s.w.t. Kepada sesiapa yang berhajat untuk mendalami ilmu makrifat, bolehlah berinteraksi secara on-line di page kami ini.
Tujuan kami di sini adalah untuk menyediakan pengetahuan mendalam mengenai Ilmu Makrifat dan menjadikan ia sebagai platform atau asas bagi setiap orang yang berminat untuk mengetahui, mempelajari, mendalami dan mempraktikkan Ilmu Makrifat. Oleh itu, ilmu ini diharap dapat membuka ruang kepada kita untuk mengenali diri sendiri dan seterusnya mengenal Allah!
Kami percaya banyak artikel-artikel, buku-buku dan pelbagai cara melalui media cetak telah ada membicarakan tentang Ilmu Makrifat ini. Tetapi, percayalah, di sini mungkin ada kelainan yang mungkin tidak ada dibicarakan di dalam sumber-sumber di atas. Maka dengan itu, sudilah kiranya kawan-kawan semua bersama-sama mengembara dan menerokai dunia tanpa sempadan ini dan bertanyalah sekiranya ada yang tidak jelas. Kami sedia menjawab segala pertanyaan dengan kadar yang termampu oleh kami.
Spiritual adalah perkara yang tidak boleh dilihat dengan pandangan akal manusia biasa. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka dan tidak dipelajari di sekolah, juga tidak ada di dalam sukatan mata pelajaran di universiti.
Ia merupakan sesuatu yang menyentuh hati, di mana ilmu ini dapat membawa anda lebih mengenali diri sendiri dan mengenali spiritual anda sendiri ke arah mengenal Allah.
Ilmu ini membenarkan kita untuk membuat keputusan melalui perasaan hati. Sesungguhnya, hanya orang-orang yang terpilih dan dianugerahkan Allah sahaja yang mendapat kebaikan dari Ilmu Allah ini.
Persoalannya, adakah anda tergolong di dalam orang-orang yang terpilih dan dianugerahi Allah dengan ilmuNya ini. Bagaimana untuk mengetahui bahawa sekiranya anda tergolong di dalam kategori di atas?
Kami para admin di sini sentiasa berdoa agar kita semua mendapat cahaya petunjuk dan istiqamah yang sempurna di sepanjang perjalanan kerohanian yang teragung dan terindah ini. Amiin²

No comments:

Post a Comment