Tuesday, 6 December 2016

Hakikat

Kuliah pagi Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Syeikh Abi Madyan r.a
02.11.2016

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..

Kata Syeikh ra...

Sesiapa yang jinak (berasa senang) dengan makhluk, nescaya dia menjadi liar (jemu) dengan Al.Haq swt

Orang yang senang dan sibuk dengan makhluk menunjukkan bahawa dia lalai dan liar dengan Allah. Ia juga tanda bahawa ia jauh dan berpaling daripada Al Haq Swt...

Justeru itu jauhilah dan berpaling daripada manusia dan redhalah Allah sebagai teman setia agar dapat mencium bau haruman hudur dgn Allah dan hilang lenyap kelalaian dengan Allah

Kata Syeikh ra..

Dengan kelalaian itu akan tercapai keinginan syahwat

Kelalaian adalah asal dan punca kebinasaan sedang ingat dan hudur itu merupakan segala keselamatan dan kebahagiaan

Apabila lalai hati, nafsu akan mudah menguasai dan menarik kearah apa yang disukai nafsu

Orang yang enggan dan tidak mahu memohon pertolongan Allah nescaya dia akan mudah dilanyak, ditipu dan dimusnahkan oleh nafsu

Barangsiapa yang enggan masuk kedalam naungan rahmat dan peliharaan Allah nescaya dia akan ditawan oleh nafsu.

Oleh itu mohonlah pertolongan dan bantuan Allah dengan mengekalkan diri dalam hadrat Allah dan hudur dan ingat Allah

Kata Syeikh ra..

Bersama dan bercampur gaul dengan Ahli bidaah itu akan mematikan hati. Sesiapa yang ada padanya serendah2 bidaah, maka hendaklah anda menjauhinya

Barangsiapa yang bergaul dan bersama dengan orang yang lalai nescaya dia terheret menjadi lalai...

Barangsiapa yang bersama dan bergaul dengan orang yang ingat Allah nescaya dia akan menjadi orang yang berzikir kepada Allah...

Jika bergaul dengan orang bidaah yg mati hati nescaya hatinya akan turut berubah dan terpengaruh dengannya

Jauhilah dan berpalinglah daripada ahli bidaah dan lazimkanlah diri bersama dengan ahli sunnah waljamaah dari kalangan ahli yaqin yg muhaqqiqin yang benar dan lurus...

Kata Syeikh ra..

Apabila kamu melihat seorang lelaki menampakkan keramatnya dan perkara yang mencarik adat,maka janganlah kamu cenderung kepadanya, tetapi perhatikanlah bagaimana dia melaksanakan suruhan dan larangan Allah

Orang awan suka menilik dan melihat kepada keramat dan perkara yang mencarik adat saja. Bila dilihat ada keramat pada seseorang pasti akan dipegang dan mempercayainya walaupun org tersebut longgar  dan mengabaikan syariat

Ahli makrifat tidak bersandar pada keramat dan perkara yang mencarik adat tetapi mereka bersandar dan mengikut Nabi Saw dan menjunjung tinggi perintah Allah itu

Firman Allah..

Apa jua yang diberikan oleh Rasulullah saw (sama ada pemberian atau perintah) kepada kamu, maka terimalah, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya

Barangsiapa yang benar2 tahkik dengan mengerjakan suruhan dan menjauhi larangan Nya maka ini bererti dialah sebenar2 nya orang yang memiliki karamah

Kata Syeikh Ibnu Athaillah ra.

Karamah pada sisi orang awam ialah sesuatu yang mencarik adat, sedangkan pada sisi orang khawas ialah bertukarnya sifat yg tercela kepada sifat yang terpuji

Kata Syeikh ra..

Sesiapa yang merasakan cukup puas dengan hanya berkata2 saja tentang sesuatu ilmu tanpa dengan bersifat hakikatnya, nescaya dia akan menjadi zindiq dan terputus

Buah ilmu ialah amal.. ilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah

Orang yang berkata2 dan berbicara tentang sesuatu ilmu padahal dia belum bersifat dengan hakikatnya dan belum lagi berhias dengan hiasannya. Yakni zahirnya bertentangan dengan batinnya iaitu zindiq...

Zindiq itu ialah menyatakan sesuatu sedangkan batinnya menyalahi dengan zahirnya

Kata ulamak...

Orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya diseksa lebih dahulu daripada orang yang menyembah berhala

Bersahabatlah dengan orang yang dapat menunjukkan anda kepada Allah dari kalangan ahli muntahi yang beradab yang sudah sampai kepada Nya

Kata Syeikh ra..

Sesiapa yang tidak mengambil adab daripada pengajar (pendidik) akan membinasakan orang yang mengikutnya

Dalam thareqat tak dapat tidak mesti ada Syeikh atau mursyid yang kamil mukammil yang sudah berjaya sampai dalam perjalanan nya kepada Allah...

Dia beroleh petunjuk Allah dan berpengalaman dan berpengetahuan tentang selok belok, halangan dan ujian, benar dan salah, tahu tipu daya dan perangkap dalam perjalanan

Dia adalah orang yang sudah sampai dan beroleh petunjuk dan perintah Allah, dan sudah diakui Allah

Carilah dan bersamalah dengan Ahli makrifat dan Syeikh mursyid yg hakiki yang dapat memimpin kepada Allah

Sembahlah Tuhanmu dengan sebenar2 kefahaman tentang segala hukum yang hendak anda kerjakan. Mintalah bantuan kepada Allah dengan bersifat wara nescaya akan termakbul

Kata Syeikh ra..

Barangsiapa yang sudah berasa cukup (puas) dengan melakukan ibadat tanpa kefahaman tentang agamanya, nescaya dia akan terkeluar dari jalan yang lurus dan terjebak dalam bidaah. Sesiapa yang berpada  dengan kefahaman tentang agamanya tanpa bersifat wara nescaya dia akan tertipu dan terpedaya

Warak adalah asas keteguhan agama dan tamak adalah pokok kebinasaan agama

Kata Syeikh ra..

Syeikh itu ialah orang yang zat anda menyaksikannya dengan mengutamakannya, sementara sirr anda menyaksikannya dengan menghormati dan membesarkannya. Syeikh ialah orang yang mendidik anda dengan akhlaknya, mengadabkan anda dengan jalannya dan menyinarkan batin anda dengan tersingkap cahayanya yang terang benderang. Syeikh itu juga ialah orang yang menghimpunkan anda didalam hadrat anda ketika anda bersama dengannya dan memelihara anda ketika anda tidak bersama dengannya dengan kesan2 nur cahayanya

Apabila anda sudah berhias dengan tampak cantik nya syariat dan berpakaian thareqat maka tidak dapat tidak mesti berdamping dan bersahabat dengan seorang Syeikh atau mursyid yang haq...

Kata Syeikh Abu Yazid al Bustami ra..


Sesiapa yang tidak mempunyai Syeikh, maka syaitan itulah syeikhnya

Tidak akan sampai kepada Syeikh malainkan dengan anugerah dan kurniaan Allah jua

Kata Syeikh Ibnu Athaillah ra dalam kitab Al Hikam.

Maha Suci Allah Tuhan yang tidak menjadikan dalil untuk para Wali Nya kecuali dari jalan dalil yang menunjukkan ke atas Nya. Dan Allah tidak menyampaikan kepada mereka itu, malainkan orang yang Dia sendiri kehendaki untuk sampai kepada Nya

Tanda dan alamat seseorang Syeikh..

1. Zat anda melihatnya dan mendahulukannya sementara sirr anda memuliakan dan membesarkannya

Tanda dan alamat seseorang Syeikh..

1. Zat anda melihatnya dan mendahulukannya sementara sirr anda memuliakan dan membesarkannya

2. Menyuci dan mendidik anda dengan akhlaknya. Mengadabkan anda dengan perlakuannya dan mentampak terangkan batin anda dengan nur cahayanya..

Syeikh itu ialah orang yang sudah tergilap dan suci bersih perlakuannya dengan tariq Muhammadiyyahh

Sesiapa yang duduk bersama dengannya nescaya akan bersifat dengan sifat dan akhlak yang mulia

3. Menghimpunkan hati anda didalam hudurnya, sedang dia memelihara anda daripada bercerai berai dan berpisah ketika anda tidak bersama dengannya oleh kesan nur cahayanya

Kata Syeikh ra..

Jadikanlah diri anda ketika bergaul dan bersama fuqara dengan perasaan rasa senang dan mesra dengannya, bersama orang sufi dengan beradab dan terikat hati dengannya, bersama masyaikh dengan berkhidmat dan haloba, dan bersama dengan orang yang Ariffin dengan tawadhuk dan merendah diri. Perbaikilah perangai anda dalam pergaulan bersama seseorang dengan perkara yang menyenangkannya dan jangan anda menjadikan dia liar maka ketika bersama ulama dengan mendengar baik2 dan benar2 berhajat kepadanya. Bersama ahli makrifat dengan diam dan menanti, dan bersama ahli maqamat dengan tauhid dan rasa rendah diri...

ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار..

آمين يارب العالمين..

Alhamdulillah.. tamat mengaji dan menadah kitab syarah al hikam abi Madyan dengan Syeikhuna Syeikh Abdullah ra.. mudah2an beroleh manafaat dan faedah yg banyak.. dunia dan akhirat... Insya Allah.

02 Disember 2016 bersamaan dengan 02 Rabiul Awwal 1438 hijrah

No comments:

Post a Comment