Tuesday, 6 December 2016

Cinta Sejati Rabiah Al-Adawiyah

Cinta Sejati Rabiah Al-Adawiyah
Ada satu kisah seorang sufi perempuan yang bernama Rabiah Al-Adawiyah, yang menarik untuk diceritakan kepada kalian:
Suatu hari Rabiah berlari di kerumunan pasar dengan membawa obor yang menyala pada tangan kirinya dan sebekas air pada tangan kanannya. Orang ramai yang bingung melihat tingkahnya bertanya kepadanya, “Hai Rabiah, apa yang kamu lakukan?”
“Dengan air ini aku ingin memadamkan neraka dan dengan api ini aku ingin membakar syurga, supaya setelah ini orang tidak lagi menyembah Tuhan kerana takut akan neraka dan kerana berharap dengan syurga. Aku ingin setelah ini hamba-hamba Tuhan akan menyembah-Nya hanya kerana cinta”, jawabnya.
Selain itu, ada serangkap doa Rabiah Al-Adawiyah yang mengandungi pengertian ikhlas dan redha kerana Allah:
”Tuhanku, jika aku mengabdi kepada-Mu kerana takut akan api neraka, maka masukkanlah aku ke dalam neraka itu dan besarkan tubuhku di dalamnya, sehingga tak ada tempat lagi di neraka bagi hamba-hamba-Mu yang lain. Namun, jika aku menyembah-Mu kerana menginginkan syurga-Mu, berikan syurga itu kepada hamba-hamba-Mu yang lain. Bagiku, Engkau sudah cukup.”
Ungkapan cinta Rabiah kepada Tuhan yang begitu besar dan tidak berharap kepada balasan, ikhlas semata-mata, serta sikapnya yang sedia berkorban untuk manusia lain inilah yang disebut sebagai cinta sejati. Amiin²

No comments:

Post a Comment