Monday, 4 January 2016

tasawuf&tazkirah


Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumiddin, Jilid 3 menegaskan tentang pentingnya mencari pemimpin (mursyid) yang memandu kita  kepada ALLAH yaitu:

“Seorang murid memerlukan seorang syeikh yang dapat diikutinya, syeikh tersebut akan menunjukkannya arah jalan yang benar. Sesungguhnya jalan agama itu adalah samar dan jalan-jalan syaitan terlalu banyak dan mudah. Siapa saja yang tidak mempunyai syeikh yang memimpinnya maka syaitanlah yang memimpinnya. Siapa saja yang berjalan di lembah-lembah yang bahaya tanpa orang menjaga keselamatannya sesungguhnya dia telah membahayakan dan membinasakan dirinya. Orang yang bersendirian (tanpa syeikh) adalah seperti pohon (tanaman) yang tumbuh sendiri dan mudah mati; jika pohon itu terus hidup ia takkan berbuah. Orang yang mengawasi seorang murid ialah syeikhnya. Maka hendaklah murid itu berpegang teguh terhadap syeikhnya itu.”

Justru itu kita wajib mencari mursyid, bahkan kita amat beruntung karena di akhir zaman ini


Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahwaRasulullah SAW bersabda:


إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها Artinya: “Sesungguhnya ALLAH mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.”

(Riwayat Abu Daud)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ketika orang- orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan iaitu kesombongan jahiliyah, lalu Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang- orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa dan adalah mereka berhak dengan hakikat taqwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Al-Fath:26

Wahai hambaKU! Jangan engkau menentang kehendakKU, jangan bersungut kepadaKU dan bersopan-santunlah dihadapanKU(hadratKU). ُ


Dari perbualan Baginda Rasulullah SAW , malaikat Jibrael.memberi wahyu yang Allah sukakan TIGA perkara dari HAMBA NYA

""" Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka. bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:

"apa yg kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra

"aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1.duduk2 bersama rasulullah saw.
2.melihat wajah mu ya rasullah saw.
3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "

lalu rasullah saw bertanya dengan saidina umar ra. "bagaimana pula dengan mu ya umar?"

jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:

1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
3.berkata yg benar walaupun pahit"

"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"

berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:

1.memberi makan
2.memberi salam
3.bersolat malam di waktu manusia tidur"

"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"

"aku juga cintakan 3 perkara:

1.memuliakan tetamu
2.berpuasa di musim panas
3.dan memukul musuh dengan pedang"

kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra

"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:

1.lapar
2.sakit
3.mati"

kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"

berkata saidina Abu Dzar ra,

"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.

aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.

aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"

kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1.wangian
2.wanita yang solehah
3.sembahyang menjadi penyejuk hati ku"

kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.

kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :

1.menyampaikan risalah
2.menunaikan amanah
3.cinta terhadap orang miskin"

kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1.lidah yang sentiasa berzikir
2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian"""

Iaitu :-

1. LIDAH YANG SENTIASA BERZIMIR

2. HATI YANG KHUSYUK

3. JASAD YANG SABAR MENANGGUNG UJIAN..


Maka dalam kita menuntut untuk mengenal DIRI ini kita telah
MEMILIH UNTUK KE JALAN ALLAH..
Untuk itu kita wajib menyuci bersuh hati dan jiwa kita hingga jadi suci lagi menyucikan ...

Dengan itu semestilah kita sentiasa kena melakukan.
ZIKIR ...ini memerlukan LIDAH....lidah bathiniah lagi afdhal dari lidah Zahiriah...

Untuk dptkan lidah Bathiniah atau lebihvafdhal lagi lidah Ruhaniah...dan Nuraniah maka memerlukan.HATI YANG KHUSYUK

Hati yang khusyuk akan membangkitkn Hati Bathiniah dan diikuti oleh Hati Ruhaniah dan Nuraniah... Baru lah menjadi hati ysng khusyuk srkhusyuk2 nya..

Dengan itu akan terupaya lah atau terhasil lah bg kita JASAD YANG BERUPAYA MENANGGUN UJIAN

Maka lengkaplah apa yg Allah Suka untuk Hamba Nya itu..

Aamiin Aamiin Aamiin..





No comments:

Post a Comment