Gelang dan rantai-rantaiku ditempa oleh Tangan JalalNya dan dibakar oleh api QahharNya, bukan oleh tangan fekah-fekah ulamak zaman, demi untuk dipakaikan aku dalam syurgawi, tetapi tidak aku inginkannya dan aku telah zakatkannya kepada pengemis- pengemis duniawi yg buta dan hamba-hamba ukhrawi, kerana aku sedang meminum air-air Jamal Al-LatifNya dalam telaga-telaga Jalal-QahharNya, dan mataku telah buta daripada melihat dunia dan gedung-gedung syurgawi....aku melihat senyumanNya dan mendengar janji-janji mesraNya....Allah! Allah!....sembahyangku dihadratNya dan bukan lagi untuk aku menghimpunkan pahala dan ganjaran sesuatu pun....aku menyembahNya daripadaNya dan kepada Nya, bukan lagi daripadaku dan untukku!
"Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka "
(Surah Fusilat{41}:30)
Wahai hambaKU! Selagi engkau ada pilihan selagi itu engkau masih ada wujud engkau, maka selagi itu engkau terhijab daripadaKU dan engkau bukan hambaKU yg hakiki....
- KALAM AL-HAK
Jangan kamu memutar-belitkan Agama Islam!
Jaga-jaga anak panah Tuhan!
Aku mati sebelum mati dan aku kekal hidup disisi Zat Tuhan sekalian Alam!
Jangan cuba mempersendakan Allah dan RasulNya!
Akulah pertaruhnya!
Aku tidak dapat disesatkan oleh orang-orang yg sesat!
Para Wali Allah tidak takut dan tidak bimbang kepada selain Allah!
Berkasih-sayang dengan orang-orang Mukmin dan bersifat tegas dengan orang-orang yg kafir dan munafik!
Wassalam
- KALAM QADIM
" Sesungguhnya mereka dahulu( didunia) apabila diperkatakan kepada mereka laa ilha illallah,mereka menyombongkan diri dan mereka berkata: "Adakah kami harus meninggalkan sembahan kami kerana seorang penyair gila( iaitu Muhamad)'.Sesungguhnya dia( Muhamad telah dtg membawa kebenaran( syariat Allah) dan membenarkan rasul- rasul sebelumnya."
Surah As-saffat:35-37
Putuskanlah cita-citamu daripada maksiat zahir dan batin, semoga engkau mati didalam ketaatanmu kepada Allah Ta'ala!
بسم الله الر حمن الر حيم
Wahai hamba.. Ambillah bahagianmu dengan jalan zuhud, bukan dengan jalan kegembiraan. Orang yg makan sambil menangis akan mempunyai hikmah yang berbeza dengan orang yang makan sambil tertawa. Makanlah semua bahagianmu itu sementara hatimu sentiasa bersama Allah, maka engkau akan selamat daripada kejahatannya. Jika engkau memakannya dari tangan tabib, maka hal itu adalah lebih baik, daripada engkau makan sendiri akan sesuatu yang tidak engkau ketahui asal-usulnya, sesuatu yang akan mengeraskan hatimu.
Tanda baik Islam seseorang itu ialah bila dia meninggalkan apa yg tiada kait-mengait dengannya.
Sabda Rasulullah S.A.W
Ya Allah! Diamkanlah akalku dihadapanMu....
No comments:
Post a Comment