Saturday, 10 October 2015
Balak
Alkisah pokok balak.
Di dalam satu kawasan lapang, jauh di dalam hutan, para pokok sedan g mengadakan mesyuarat subuh.
“Binatang-binatang semua datang berehat dan berteduh di bawah kita tapi mereka sering meninggalkan kekotoran,” kata Cengal, salah sebatang pokok. “Bau itu kadang-kalanya tidak dapat di tahan.
”“Mereka tidak mempedulikan perasaan kita sebab kita tak bersuara,” kata Meranti, pokok yang berjiran dengan dengan Cengal.“Aku dah tak tahan. Dah cukup! Aku dah buat keputusan untuk menghalau semua binatang yang datang ke tempat kita.”“
Tapi itu mungkin satu tindakan yang kurang bijak,” kata Ramin, pokok tertua dan terbesar di antara mereka.“Binatang itu mungkin membawa sikit masalah pada kita, aku setuju, tapi mereka ada kebaikan juga. Semua benda di dunia ini saling bergantung - pokok, binatang dan manusia,” tambahnya lagi.
“Maafkan saya,” kata Meranti. “Saya amat menghormati pandangan Tuan, tapi dalam hal ini saya tidak akan mendengar kata-kata sesiapa. Saya tidak akan membenarkan sebarang binatang datang ke sini lagi.
Meranti melakukan apa yang dijanjinya. Apabila seekor kucing hutan datang berteduh, Meranti menggoyangkan batangnya dengan ganas kiri-kanan sehingga kucing hutan tersebut lari ketakutan. Meranti menakutkan semua binatang yang datang pada hari itu dan hari-hari seterusnya.
Setelah beberapa ketika, tiadalah lagi binatang yang datang mendekati kawasan lapang tersebut.
Satu hari, dua pemotong balak datang ke kawasan lapang tersebut.
“Manusia!” jerit Meranti . “Mengapa mereka datang? Mereka tak pernah berani datang sini.”“
Jika mereka tidak pernah datang sebelum ini, ini adalah kerana mereka takut pada binatang buas yang sering berteduh di sini,” kata Ramin .“Sekarang kucing hutan, harimau semua tiada maka manusia tiba-tiba menjadi berani untuk datang ke sini. Aku dah bagitahu jangan halau sahabat-sahabat kita tu. Kita semua tumbuh tinggi ini pun sedikit sebanyak kerana zat dalam najis mereka juga,” kata Ramin dengan kesal.
Meranti mula menggigil - tapi bukan tak bersebab. Meranti adalah pokok pertama pilihan pemotong kayu balak untuk ditebangkan…
Wahai anakku,Janganlah engkau selalu pandang pada kelemahan orang lain seperti najis yang ditinggalkan binatang seperti cerita yang dinukilkan di atas.Ingatlah pada kebaikan yang dibawa orang lain selama ini pada kamu, walaupun sedikit ataupun secara tidak langsung.
Janganlah menjadi seperti pokok Meranti yang tidak mengerti ketenangan hasil daripada kehadiran binatang-binatang liar yang menakutkan manusia.
Wahai anakku,Susah-susah kamu mengasingkan orang-orang yang tidak disukaimu dan hanya mengekalkan orang-orang yang disukaimu di sisimu di dalam kehidupan seharianmu, lebih baik jika engkau belajar melihat kebaikan daripada membiarkan mata kamu fokus pada keburukan pada orang-orang di sekelilingmu.Dengan ini, semua orang boleh menjadi orang-orang yang disukaimu dan hatimu lega kerana tidak perlu dihuni perasaan benci.
Senyum...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment