Saturday, 2 May 2015

Nabi Muhammad

KONSPIRASI DAJJAL MAHU MEMBUNUH “MUHAMMAD AKHIR ZAMAN”





Serangan Barat terhadap Islam dengan pelbagai fitnah adalah serangan langsung kepada pembawa risalah Islam itu, yakni Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Bagi sesiapa yang mengenali akhlak dan peribadi Baginda yang suci, nescaya segala tohmahan tersebut amat melukakan hati.


Musuh Islam mahu menghapuskan kecintaan umat pada Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, mereka mahu menghapuskan nama Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam pada dunia moden ini. Gerakan Dajjal mengetahui bahawa tiada yang boleh menghalang mereka untuk menguasai dunia ini melainkan pengikut Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam.

Saya tertarik dengan satu tulisan di blog Ibnu Yaakob yang mengatakan bahawa serangan yang dilakukan pada Iraq dan Afghanistan bukan atas alasan minyak semata-mata atau mencari kekayaan. Ini kerana mereka sudah memiliki kekayaan, tapi yang sebenarnya ialah untuk mencari pengganti Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam iaitu Imam al-Mahdi yang amat diyakini berada di negara tersebut. Sebab itulah banyak serangan tertumpu pada wanita dan kanak-kanak atau orang awam yang disyaki mempunyai pertalian dengan Imam Al-Mahdi.




Para pelampau Yahudi tidak akan berputus asa. Walaupun dalam kitab mereka sudah menyatakan akan lahirnya Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam,Nabi akhir zaman, tetapi mereka akan pastikan Muhammad akhir zaman adalah daripada keturunan mereka dan membantu mereka menguasai dunia.

Justeru itu mereka telah menghantar pasukan pengintip di segenap penjuru untuk mencari kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri nabi akhir zaman. Jika bukan di kalangan mereka, ia hendaklah dibunuh.

Sejarah mencatatkan bagaimana Buhaira, seorang pendeta Yahudi yang apabila melihat Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam ketika mengikuti Abu Talib dalam rombongan perniagaan ke Syam, beliau menyarankan agar Abu Talib membawa Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang masih kanak-kanak itu kembali ke Mekah, kerana dibimbangi akan dibunuh oleh agen Yahudi apabila menemuinya.

Kalaulah di zaman yang tiada teknologi pun mereka sudah mampu memiliki fakta-fakta bentuk gambaran Nabi ketika kecil untuk diberi pada agen Yahudi untuk membunuhnya, apatah lagi di zaman ini. Mereka tahu segalanya telah disusun atur oleh Allah tetapi mereka tetap berani mahu menentang aturan Allah. Kini mereka tidak mahu tersilap melepaskan al-Mahdi sedari zaman kanak-kanak lagi, dibimbangi berulang kembali kealpaan mereka dahulu yang membiarkan Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam membesar sehingga akhirnya memusnahkan mereka.

Walaupun di kalangan umat Islam berlakunya pelbagai aliran kepercayaan terhadap kelahiran Imam al-Mahdi, tetapi bagi Zionis, ia adalah pasti. Ini dapat dilihat melalui pembongkaran penulisan dan perbincangan mereka terhadap al-Mahdi.


MISTERI KERJASAMA YAHUDI DAN NASRANI

Yahudi dan Nasrani pada sejarahnya bermusuhan sesama mereka. Amat mustahil untuk mereka bergabung disebabkan tiada titik pertemuan dalam ajaran kedua agamanya. Justeru apabila mereka bergabung kini, ia suatu misteri yang mesti dikaji.

Berbanding Islam, ia agama yang mempunyai titik pertemuan dengan kedua ajaran tersebut dengan memuliakan Nabi Isa a.s dan menyucikan ibunya, Siti Maryam. Bahkan Islam amat bertoleransi dengan menganjurkan hubungan yang baik dengan kaum Yahudi dan Nasrani, sehingga boleh memakan sembelihan mereka dan berkahwin dengan perempuan di kalangan Ahli Kitab.

Semua perintah tersebut terpakai selagi Yahudi dan Nasrani tidak bersama menjadi kawan sesama mereka. Namun apabila berlaku sebaliknya, Allah memerintahkan umat Islam menjauhi kaum tersebut sebagaimana firmanNya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu.” (Al-Maidah : 51)


Ini disebabkan penggabungan Yahudi dan Nasrani sebenarnya adalah membentuk satu agama baru yang sebenarnya menjalankan ritual penyembahan kepada IBLIS atau di istilahkan sebagai LUCIFER. Mereka bukan penganut agama Ahli Kitab lagi, bahkan agama ajaran Dajjal yang telah berjaya mempengaruhi para penganut kedua-dua ajaran samawi tersebut melalui tipudaya para PENDITA JAHAT agar meninggalkan agama mereka sejak sekian lama; lalu menyembah dirinya dan syaitan. Mereka ini asal punca keturunan yang memang memusuhi Allah SWT. Contohnya keturunan elit istana dari zaman purba Mesir (Firaun) mengalir dalam darah keturunan kedudukan Diraja di Eropah hari ini. Jika anda tidak tahu, upacara pertabalan Queen of England yang diamalkan hari ini sebenarnya adalah lebih kurang sama seperti upacara pertabalan Firaun sejak beribu tahun dahulu di Mesir. Ia berkaitan alat-alat kebesaran yang digunakan, juga simbol-simbol Yahudi yang digunakan dalam upacara pertabalan dan ritual-ritual satanis “kecil” yang diamalkan semasa pertabalan.

Jelas mengapa penyembah Iblis ini memusuhi Islam. Ia kerana mereka mahu menggulingkan akidah tauhid dan menguasai umat serta negara Islam secara 100 peratus. Agama-agama lain di dunia pula sudah berjaya disesatkan secret society penyembah syaitan sejak zaman tamadun awal lagi. Agama Nasrani berjaya disesatkan konsep ketuhanannya dengan dimasukkan elemen Triniti (Tuhan Bapa-Anak, Tuhan-Roh Kudus) dengan perantaraan konco bernama Paulus yang kini dikenali sebagai tokoh penyebar agama itu. Agama Yahudi Judaism pula berjaya diselewengkan dengan memecahkan bangsa itu dan memusnahkan teks Kalam Allah (Taurat, Zabur) melalui penjajahan dan perhambaan di Babylon, Assyria, Rom dan Greek sehingga bangsa itu hilang identiti Hebrew.

Kedatangan Islam untuk menyampaikan Quran bagi menyempurnakan kitab-kitab yang dimusnahkan dicemari penulisannya itu menimbulkan kebimbangan di kalangan golongan syaitan bertopeng manusia ini (Kultus Syaitan), kerana Islam akan membawa manusia kembali mengenal Tuhan yang wajib disembah. Agama-agama lain (bukan daripada perintah Allah) terutama polytheistic yang menyembah banyak dewa dan patung pula tidak diganggu oleh Illuminati kerana langsung tidak mengancam perancangan mereka.




Penyembah Allah dan Pendukung setia ajaran Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang mulia (para ulama’, para auliya’) kini di hujani pelbagai fitnah dan serangan istilah; Mereka dituduh sebagai pengganas, taksub, fundamentalis, pelampau agama, terroris, bapa bid’ah dan sebagainya. Ia adalah kesan ancaman fitnah pengikut Dajjal (pengikut syaitan) seperti yang pernah dipesan oleh Nabi kita yang mulia Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam lebih 1400 tahun lalu. Islam yang merupakan satu-satunya agama Allah yang masih mendokong Tauhid terus ditentang habis-habisan dan cuba disesatkan, di bida’ahkan sebagaimana ajaran-ajaran Tauhid terdahulu.

Hari ini, penyembah syaitan ini sudah hampir kepada perancangan terakhir mereka. Pendukung aliran Zionis berusaha melepaskan semula Dajjal yang bermata satu atau Dewa Horus (Dewa Mesir Purba) atau One-Eyed Sun God. Bukti perancangan dan agenda mereka berada di sekeliling kita tanpa semua di kalangan kita sedar.

Golongan Zionis (pengikut Dajjal) ini dibenci oleh Ahli Kitab Yahudi (Orthodoks) dan Nasrani yang benar, tetapi golongan syaitan ini pandai berselindung di sebalik wajah agama Yahudi dan Nasrani sehingga masyarakat dunia tertipu. Yahudi Ortodox tidak pernah bersetuju dengan gagasan Zionis (rujuk Protokol Zionis) dan lebih menghargai keamanan. Yahudi Ortodox ini juga pernah disampaikan dakyah Zionis bagi merealisasikan negara Yahudi Israel melalui agenda Nazi namun mereka menolak dan kesannya, mereka dibunuh (Peristiwa Holocust). Mereka dibunuh bahkan diperalatkan untuk mengaburi serta mendapat simpati dunia agar merestui penubuhan negara Israel yang wujud hari ini. Manakala Yahudi yang berfahaman Zionis dan Mason pula dibenarkan hidup untuk merealisasikan penubuhan Israel.

Di mana Yahudi Ortodox ini tinggal hari ini? Mereka tidak tinggal di Israel tetapi berada di Amerika dan Eropah. Mereka hidup dalam kelompok tersendiri dan menyisihkan diri daripada kemajuan yang dikecapi dunia hari ini. Mereka sama seperti golongan Amish (Penganut Kristian Tradisional- terpinggir). Tetapi tidak bermakna mereka tidak terlibat langsung dalam agenda Illuminati, mereka dilibatkan sama dan kita umat Islam juga turut dilibatkan sama tanpa kita sedari.

Kita berada di zaman yang berhadapan dengan serangan ‘Syaitan Besar’ iaitu Dajjal. Rasulullah saw banyak mengingatkan kita akan Dajjal ini. Segala tokoh dan negara yang berpengaruh tunduk padanya kerana ia menjanjikan kekuasaan dan kekayaan.

Amerika, Britain dan sekutunya kini dibawah panji-panji Dajjal untuk menguasai dunia. Seluruh manusia yang mencintai dunia, akan berada di bawah telunjuknya dan menyembahnya tanpa perlu menukar agama. Orang Islam, Kristian, Yahudi tetap dengan agama masing-masing, tetapi hati dan fikiran mereka menyembahnya kerana ia mampu memberi kekayaan, kehebatan, pengaruh dan kekuasaan.


BERSATU SEMARAKKAN PERJUANGAN CINTA RASULULLAH sallaLlahu ‘alaihi wassalam
Segala keimanan yang berada dalam jiwa umat Islam ditarik perlahan-lahan dengan silaun kebendaan dan kecanggihan teknologi yang hebat. Jiwa ini perlu dipertahan dengan diikat sekuatnya dengan kecintaan pada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam.

Jiwa yang hidup dengan cinta pada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam akan membuatkan seseorang itu teguh keyakinan pada ajaran Baginda berkaitan dengan keTuhanan, ibadah, syariat, alam barzakh, alam Mahsyar, neraka dan syurga.

Jangan kita menyusun majlis Maulidur Rasul sekadar untuk mengingati Baginda, sallaLlahu ‘alaihi wassalam berarak dan makan minum, tetapi lebih jauh lagi adalah untuk merapatkan kembali saff Islam dalam mempertahankan diri daripada kehancuran akidah yang begitu hebat serangannya.

Kita wajib bangun di atas kesatuan hati yang mencintai Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, dengan mengamalkan ajaran Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam dan menyakini bahawa tiada jalan lain mencapai kejayaan dunia dan akhirat melainkan jalan yang ditunjuki Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, tiada jalan lain untuk menjadi mulia dan tiada hina di dunia dan akhirat melainkan jalan yang ditunjuk Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, tiada jalan lain untuk mencapai cinta Allah melainkan dengan mengikuti Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam adalah Nur yang didatangkan kepada seluruh manusia di alam yang penuh kegelapan ini. Sesiapa yang berpaling daripada Nur ini, mereka akan teraba-teraba dalam kegelapan dan mereka akan menjadi habuan syaitan dan Dajjal untuk meratah daging, hati dan tulang serta menjadi teman mereka dalam Neraka nanti.

Semoga diharap pada pembaca laman ini, akan sentiasa menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul di rumah, di pejabat, melalui wadah masing-masing, di kampung masing-masing dan sebagainya demi untuk sebuah cinta, demi untuk menjaga akidah diri, keluarga serta masyarakat.

Sambutan Maulidur Rasul adalah amalan yang amat ditekankan seluruh Ulama tradisi Alam Melayu di nusantara ini. Jangan biarkan amalan ini mati, ini adalah dakwah kebijaksanaan Ulama Alam Melayu dalam mempertahankan akidah dan ajaran Islam dengan penuh hikmah dan menepati jiwa orang Melayu.


Marilah kita bersatu hati, satu rasa, satu fikrah, satu aspirasi dalam menghidupkan cinta pada Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam serta mencintai segala ilmu dan amalan Ulama Alam Melayu yang alim, soleh dan amat bijaksana.


No comments:

Post a Comment