Makrifatullah itu terpendam didalam rahsia hati iaitu hati yg merdeka daripada segala sesuatu selain Allah, hati yg dibukakan faham hakikat, hati yg melihat Allah dan hati yg buta selain Allah!
Nafsu itu mengalahkan akal dan ilmu, maka mohonlah keampunan Allah!
Ilmu dan makrifatmu tidak dapat menolong dan menyelamatkanmu melainkan AKU-lah Penolong dan Penyelamatmu daripada segala sesuatu!
tidak akan mendapat ALLAH klo belum merasa nikmat dan lazat beribadah kedpaNYA
tidak akan mendapat ALLAH selagi belum bertaubat dari segla dosa dan kelalaian dunia
tidak akan mendapat ALLAH selagai belum padam rse ingin melakukan maksiat kepadaNYA
tidak akan mendapat ALLAH selagi hati belum benar2 tertumpu kepdaNYA
tidak akan mendapat ALLAH selagi hati belum kosong dari selainNYA
السﻻم عليكم ورحمة الله وبركاته
Renungan pagi : maksud hadis :- Drp 'Ubaid bin Muadz رضي الله عنه berkata, "Kami sedang duduk dalam satu majlis lalu Nabi صلى الله عليه وسلم telah datang dalam keadaan di kepalanya ada bekas air. Sebahagian kami berkata kepada Baginda صلى الله عليه وسلم , "Hari ini kami melihatmu dalam keadaan senang hati (bahagia)." Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab: "Benar, segala puji bagi Allah." Setelah itu sekumpulan orang telah membesar-besarkan dalam menyebut tentang kekayaan. Maka Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak mengapa dengan kekayaan bagi orang yang bertakwa. Dan kesihatan bagi orang yang bertakwa itu lebih baik dari kekayaan. Dan kebahagian jiwa itu sebahagian dari kenikmatan." (Ibnu Majah: 2141, Ahmad: 22646, 22716 , alBukhari dlm alAdab alMufrad: 301)
No comments:
Post a Comment