Wednesday, 4 March 2015
Takdir
Jika seorang hamba berbuat kebaikan, lalu ia berkata: Engkau yang memberi kurnia, taufiq dan memudahkan kepadaku, nescaya Allah memuji kepada hamba itu dengan firman-Nya: Hamba-Ku, engkau telah berbuat taat dan taqarrub kepada-Ku.
Sebaliknya jika hamba itu merasa beramal tidak ingat kepada taufik pertolongan Allah, maka Allah mengabaikan (berpaling) sambil berfirman: Aku yang memberi taufik hidayat dan Aku yang membantu memudahkan itu kepadamu!
Dan apabila berbuat kejahatan lalu berkata: Engkau yang menakdir dan menghukum serta memutuskan (yakni saya tidak bersalah). Jawab Tuhan: Hai hamba-Ku, engkaulah yang salah, bodoh dan berbuat maksiat pelanggaran.
Sebaliknya jika hamba yang berbuat dosa itu berkata: Aku telah berbuat salah kerana aku bodoh zalim pada diriku sendiri. Maka dijawab oleh Tuhan : Hamba-Ku, Aku yang menentukan, menakdirkan dan menutupi serta mengampunkan!
— Sahel Bin Abdullah.
😜👍👍
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment