Saturday, 28 March 2015

Tasawuf


[28/03 12:50 AM] ‪+60 12-511 7976‬: ➰➰➰🔱➰➰➰
[28/03 12:51 AM] ‪+60 12-511 7976‬: ➰➰➰➰🔱➰➰➰➰
[28/03 12:51 AM] ‪+60 12-511 7976‬: MENGENAL PERBEZAAN ANTARA SEORANG GURU TAREKAT DAN GURU HAKEKAT. Bismillah - Yang selalu dikait dengan Guru Mursyid "Bersanad" ni sebenarnya adalah guru tentang ilmu TAREKAT(berkenaan mursyid Ilmu ZIKIR semata - itu sahaja kearifannya). Tetapi Buat Guru ilmu HAKEKAT(mursyid ilmu AKHLAK HATI) mereka ini tidak tertakluk di dalam ranting ilmu system ke SANAD tan ni. Cuma silapnya masyarakat awam mahupun khusus.. mereka tidak dapat membezakan yang mana satu mursyid ilmu TAREKAT dan yang mana satu mursyid ilmu HAKEKAT.. Padanya(yang jahil), musyid Terekat itu jugalah mursyid ilmu Hakekat.. Sebenarnya salah fahaman ini. Seorang Salik yang mempunyai Guru bersanad Tarekat yang Mencela merendahkan seorang Guru "Ilmu Hakekat" yang tidak punya jalur SANAD.. Ini tandanya Salik tu Jahil ilmu Tasawuf dan jahil ilmu makrifatullah. Hamba ada mendengar beberapa hamba Allah yang bertarekat yang "mempunyai sanad zikirnya" yang memandang rendah Guru tuan Kalam Qadim atas kerana mempersoalkan "sanad" Guru tersebut. Hamba jelaskan di sini bahawa Guru kepada Kalam Qadim itu bukanlah seorang Guru dalam bidang ilmu TAREKAT yang tertakluk di dalam system "Sanad".. Hamba bukakan rahsianya.. beliau bukanlah Guru mursyid Tarekat, tetapi beliau adalah mursyid Hakekat yang memang tidak tertakluk dan bergantung kepada system sanad ini. System SANAD ini dan ilmu Tarekat ini masih dalam Keilmuan batas-batas Syariat. Masih dalam rangkuman keilmuan ilmu Nabi Musa a.s. Sedangkan Guru Hakekat ini bagaikan keilmuan ilmu Nabi Khidir a.s, makamnya lebih "TINGGI" dari seorang Guru Tarekat yang bersanad. Atas sebab, Guru Terekat adalah Bersanad Manusia.. sedangkan seorang Guru Hakekat sanadnya adalah ALLAH SWT sendiri - Keilmuannya BERSUMBER DARI ALLAH (ilmu hati), sedangkan Guru Tarekat bersanad manusia SUMBER ILMUNYA bersumber pada keilmuan dari Sanad manusia Semata. Atas sebab tu Guru Tarekat jarang mengeluarkan "mutiara kata ketuhanan" atas sebab itu bukanlah jurus Kearifannya. Tetapi yang banyak mengeluarkan mutiarakata Ketuhanan adalah dari Guru-Guru ilmu Hakekat dan Guru Makrifat seperti Hasan al-Basri, Ibrahim Adham, Malik Bin Dinar, Sufian At Tustari, Al-Hallaj dll .. mereka ni semua adalah PELITA ILMU HATI dalam keilmuan Tasawuf. Sedangkan Guru Tarekat mereka adalah Para Sahabat Rasulullah SAW yang menguasai hadis hadis tentang Syariat/Tarekat. Dan merekalah (nama-nama di atas) adalah Guru ilmu Hakekat/Marifat. Kalau di zaman Para Sahabatnya, Huzaifah al-Yamanilah Guru Kearifan Hakekat & makrifat. Dan Imam kita Uwais al-Qarni pula menuntut ilmu dengan Huzaifah al-Yamani, atas sebab tulah ilmu AKHLAK beliau sangat tinggi hingga Uwais di Kenali penduduk di langit. Saidina Ali dan Omarpun mencarinya atas arahan Rasulullah dan atas arahan Allah jua. Kiasannya, bila telah bertarekat, hendaklah kamu pergi mencari Guru ilmu Hakekat pula bagi menajamkan ilmu Makrifat yang tersembunyi di hati. Uwais Al Qarni dimuliakan Allah SWT hingga makamnya "diangkat" ke langit oleh para malaikat bukanlah atas kerana punya sebarang salahsilah sanad keilmuan dengan Rasulullah SAW melainkan Yang dinilai Allah SWT adalah KECINTAAN BELIAU KEPADA "KEKASIH ALLAH" MUHAMMAD SAW melebihi dari segala galanya ..  Saidina Ali & Omar talah mempunyai Guru terbaik itu Rasulullah SAW sendiri.. itupun Rasulullah meminta mereka berdua PERGI berguru dengan Wali Mursyid ilmu Hakekat yang bernama Uwais Al-Qarni - Nama salah seorang WALI ALLAH YANG "DISEMBUNYIKAN" Allah dari pengetahuan manusia. Beliau telah mencapai (wushul) makam "KESEMPURNAAN IMAN" seperti sabdaan Nabi Junjungan SAW : "Tidak akan SEMPURNA IMAN KAMU sebelum mana Allah (SWT) dan Rasul-Nya (SAW) Lebih ia CINTAI dari segala-galanya." ... Yang membuatkan kamu "SAMPAI" kepada-Nya bukanlah atas kerana "Sanad Gurumu" tetapi yang dinilai Allah SWT adalah (1) Ketaatan kamu kepada-Nya dengan mematuhi sunnah (2) Kecintaan kamu kepada-Nya (3) Kesucian Hati kamu (4) ilmu Akhlak Hati & Akhlak Mulia Jasad kamu (5) Zikir & Solat malammu (6) "Kebaktian" kamu kepada Ibumu dan (7) "Kemakrifatan" kamu kepada-Nya. ... Ketahuilah bahawa dengan 7 hal ini sahaja Yang bisa menyampaikan kamu kepada-Nya - "demi Allah". Kamu tanyakanlah kepada mereka yang terlalu "membangga-banggakan" akan kesanadan keilmuan mereka .. adakah Syeikh Abdul Kadir al-Jailani itu Lebih mulia dari Uwais al-Qarni? Adakah ketaatan kepada mursyid yang bersanad itu Lebih Utama dari ketaatan kepada seorang ibu? Adakah seorang Salik atau Mursyid Tarekat yang "bersanad"(lantikan manusia) tetapi "buruk akhlak" Hatinya itu lebih mulia dari seorang Guru mursyid Hakekat (lantikan Allah) yang tiada "sanadnya" tetapi Akhlak Hatinya jauh lebih mulia dari seorang Guru Tarekat yang bersanad tetapi hatinya tidak "terjaga" serta hatinya selalu terputus di dalam zikirullah? Di situlah letaknya kayu ukur bagi "membezakan" perbezaan antara seorang mursyid Ilmu Hakekat lantikan Allah dan seorang Guru Tarekat yang dilantik oleh manusia melalui system "sanad" rekaan manusia (????????). Ketahuilah olehmu bahawa Tidak Samua Guru Tasawuf dan Guru Tarekat itu adalah Wali. "Dan Tidak SEMUA WALI itu adalah GURU (yang "dikenali" melalui system SANAD) dan tidak semua GURU BERSANAD LANTIKAN MANUSIA itu "menguasai" Perbendaharaan Tersembunyi dari Allah SWT di dalam qalbu hatinya (Nur Makrifatullah) ... Kenalilah kemursyidan seseorang itu bukan dari KAYU UKUR KEJAHILAN MELALUI SYETEM "SANADNYA" tetapi kenalilah ia dari "ilmu" dan "Nasihat" yang disampaikannya yang menyebabkan kamu Lebih HAMPIR dan Lebih CINTA KEPADA-NYA ... "Mereka" itulah "PELITA ILMU" yang Rasulullah SAW nyatakan di dalam hadis-hadis Baginda. Wallahu'alam. http://cikgupj.blogspot.com/2012/02/mengenal-para-wali-allah.html?m=1
Repeat :  Guru Tarekat yang dilantik melalui system SANAD itu Belum tentu dirinya MURSYID ILMU HAKEKAT. Dan beruntunglah Buat Salik - Salik yang dianugerahi dengan Guru Guru bermaqam Keilmuan "Hakekat" ... Merekalah PELITA ILMU "PENUNJUK" JALAN SAMPAI. (ABUYA)

No comments:

Post a Comment