Sunday, 17 August 2014

Teladan


Kisah n teladan....

Saya pernah baca berulang kali walaupun pernah membaca sebelum ini....

Dahulu kala di suatu negeri pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan. 

Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya sehingga dilihat memberatkan kehidupan anak-anaknya. 

Pada suatu hari ada seorang Pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan, kerana yang tua dan uzur lagi. 

Si Pemuda kemudiannya bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. 

Si Ibu yang kelihatan tak berdaya berusaha menggapai setiap ranting pokok yang sebolehnya sambil mematahkannya dan menaburkannya disepanjang jalan yang mereka lalui. 

Sesampai di dalam hutan yang sangat tebal, si Pemuda menurunkan ibunya dan mengucapkan kata perpisahan pada ibunya sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak sanggup melakukan perbuatan itu terhadap ibunya. 

Justeru si Ibu yang nampak tenang, dalam senyumnya dia berkata “Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa. Ibu sentiasa menjaga mu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini rasa sayangku tidak berkurangan walau sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat, ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah.” 

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si Pemuda menangis semahu-mahunya, kemudian langsung memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. 

Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibunya dan sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal. 

Moral of story: 
Hanya “Orang Tua” yang mengerti kita dan batinnya akan menderita kalau kita susah. 

“Orang Tua” kita tidak pernah meninggalkan kita, bagaimanapun keadaan kita, walaupun kita pernah kurang ajar kepada orang tua kita. 

Namun “Orang Tua” kita akan tetap mengasihi kita. 

Semoga cerita ini menyedarkan kita betapa mulianya hati 'Orang Tua' kita. 

Dan marilah kita lebih mengasihi “Orang Tua” kita selagi mereka masih hidup dan berikanlah doa tulus untuk setiap kebahagiaan... 

...semoga kisah ini dijadikan pengajaran dan tauladan...

Sampaikan...

No comments:

Post a Comment