Sunday, 17 August 2014
od
Sekadar Berkongsi pengalaman...Saya pernah buat OD bercagarkan Sijil ASB. Dan mendapat pulangan dua kali ganda. Sebagai contoh katakan saya buat cagarkan sijil ASB saya bernilai RM50K untuk dapatkan OD. Bank berikan saya 90% dari nilai Sijil tersebut = RM45K. Setelah OD dilulusakan, saya keluarkan semua RM45K dari OD tersebut dan masukkan ke dalam buka ASB. Maka pada ketika itu saya telah ada RM50K (sijil) dan RM45K (Buku). Total ASB saya RM95K...Genap setahun saya akan dapat RM95k x 8% (katakan dividen tahunan ASB 8%) = RM7600. Bayaran bulan untuk interest OD pula adalah lebih kurang RM200/month...jadi 12 bulan pertama saya perlu bayar rm200x12 = RM2400...Tahun berikutnya saya ambil dividen ASB sebanyak rm2400 daripada rm7600 tu dan letakkan ke dalam akuan semasa. So tahun2 berikunya saya ada lebihan RM5200 (RM7600 - Rm2400) untuk simpanan dan lebihan gaji RM200 yg saya gunakan untuk bayaran interest OD pada 12bulan pertama tu....Sekadar berkongsi pengalaman...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment