Sunday, 17 August 2014
Sepanyol
SEJARAH APRIL FOOL
April Fool sebenarnya adalah hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib. Oleh sebab itu mereka merayakan hari April Fool dengan alasan kononnya ianya hanya sekadar suatu hiburan dan gurauan.
Perayaan April Fool bermula daripada tragedi yang menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau 892 H. Sejak Sepanyol dibebaskan oleh tentera Islam pada abad ke-8 M yang diketuai oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur menjadi negeri yang makmur. Tentera Islam terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam perancis. Perancis Selatan dengan mudahnya dibebaskan oleh tentera islam. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan kawasan yang lain telah dibebaskan.
Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik, ramai orang-orang Sepanyol memeluk Islam. Umat Islam di Sepanyol bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka sentiasa mengatakan tidak untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Pihak kafir yang berada di sekeliling Sepanyol sentiasa terus berusaha untuk menghancurkan Islam di Sepanyol namun mereka sentiasa menemui kegagalan maka dihantar mata-mata untuk mencari kelemahan umat Islam di Sepanyol.
Akhirnya Sepanyol dikuasai oleh tentera salib. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh tetapi termasuk wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib. Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol yang juga dikenali orang Moor terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai lagi umat Islam di Granada yang bersembunyi di dalam rumah.
Tentera salib membuat pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk belayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. Pada mulanya orang-orang Islam curiga dengan tawaran itu. Beberapa orang Muslim diizin untuk melihat kapal-kapal yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk berlayar meninggalkan Sepanyol.
Keesokkan harinya, ribuan penduduk Islam di Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa barang-barang keperluan berjalan menuju ke pelabuhan. Setelah umat Islam berkumpul di pelabuhan, tentera salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya dan seterusnya membakar rumah-rumah tersebut. Umat Islam terkandas di pelabuhan dan tergamam apabila melihat tentera salib membakar kapal-kapal yang dikatakan akan membawa mereka keluar dari Sepanyol.
Umat Islam tidak dapat membuat apa-apa kerana tidak mempunyai senjata dan mereka kebanyakkannya terdiri daripada wanita-wanita dan anak-anak yang masih lagi kecil. Tentera salib mengepung mereka dengan pedang yang terhunus. Dengan satu arahan daripada ketua mereka, tentera salib terus membunuh umat Islam tanpa belas kasihan. Seluruh kaum Muslimin di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Tragedi itu berlaku pada tanggal 1 April dan kemudiannya diperingati oleh Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool.
Bagi Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui penipuan. Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang menyedihkan hari dimana ribuan umat Islam dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment