"Yang ghaib itu ada..ambo memulakan cerita.Syaitan dan Jin ada..ada hikmahnya Allah ciptakan mereka ghaib dan tak boleh dilihat.Dan apabila Allah ciptakan begitu...itu sesungguhnya lebih baik untuk manusia...tak payah susah-susah nak jadi 'seekers' untuk berjumpa dengan 'mereka'....
Rasulullah saw sendiri telah berdakwah kepada golongan
jin...dan ramai ulama yang hebat mampu melihat jin dengan mata hati mereka.Dan apabila ada masyarakat yang diganggu jin...merekalah yang membantu...tetapi itu hanyalah tugas sampingan....
"Tugas utama mereka adalah berdakwah...mendidik...mereka murabbi...bukan dukun atau bomoh...cuma dalam tugas mendidik...kepakaran menghadapi jin kadangkala diperlukan.
Rasulullah saw juga begitu....perjuangannya penuh dengan kesabaran...keberanian dalam mendidik manusia..puluhan tahun era Makkah menuju ke era Madinah....".
"Daripada usaha berdakwah...mentarbiah...bersiasah hinggalah memerintah negara....Rasulullah saw lebih banyak menghadapi manusia....hanya sekali-sekala sahaja Baginda saw menghadapi kerenah jin...."
"Sebabnya Rasulullah saw tahu jika manusia mengikut perintah Allah dan menegakkan Islam dalam cara hidup...maka jin tidak akan mengacau....bahkan jin pun akan tunduk akur dan boleh menjadi hamba Allah yang soleh.....tetapi apabila manusia jahat...menjadi hamba kepada hawa nafsunya...jin yang jahat akan menggangu mereka".
No comments:
Post a Comment