Wednesday, 9 April 2014

Soleh


Sharing:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

TAZKIRAH HARI INI (Rabu, 9 Jdl. Akhir 1435H)
Lelaki...

Lelaki mengikut definisi ulama; Seseorang manusia yang melepasi tahap baligh dan mumaiyiz. Definisi ini tidak digunakan dalam perbahasan mirath (harta perwarisan) yang tidak membezakan antara dewasa atau kanak-kanak.

PENCERAHAN :
“...Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”.
(QS,Ali Imran 133-134).

LELAKI YANG SOLEH :
1. Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat lima waktu, zakat dan puasa. Kemudian dia menambahkan yang sunat-sunat.
2. Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa-dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta anak yatim, riba, derhaka kepada orang tua dan lain-lain.
3. Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia akan mencegahnya.
4. Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas untuk berbuat yang lebih baik.
5. Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk sentiasa bangun pada malam hari.
6. Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
7. Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kpd ahli keluarganya.
8. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya.
9. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika berjauhan dari keluarganya pun dia tetap baik.
10. Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi hanya takut kepada Allah yang selalu mengawasinya.

Rasulullah SAW bersabda :
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “.
(HR: At-Tharbawi dan Al-Hakim)

LELAKI YANG BAIK :
1. Sentiasa memakai pakaian yang sopan, kemas dan rapi. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu berpakaian ke pejabat atau bersukan.
2. Seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga teratur dan skema habis !
3. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Setia dengan pasangannya walaupun dia mempunyai ramai kenalan perempuan. Tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulannya pula biasanya sama sepertinya.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. Seorang yang 'Family Man'
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau semasa kecemasan. Relax saja...

KESIMPULAN :
Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Lelaki yang baik tidak semestinya soleh. Tetapi lelaki yang soleh semestinya baik. Lelaki yang pergi masjid belum tentu soleh. Tetapi lelaki yang soleh pasti ke masjid. Oleh itu menjadi lelaki yang soleh seharusnya menjadi target kita kerana KPI ini telah ditetapkan Allah SWT.
Wallahu a'lam - Doakan istiqamah dan soleh

No comments:

Post a Comment