Sunday, 13 April 2014

Bercumbu


Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata:"Wahai Rasulullah,sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang perempuan di sebuah kebun dan aku telah melakukan perbuatan terkutuk dengan perempuan tersebut.Aku tidak menyetubuhi perempuan tersebut,aku telah mencium dan memeluknya.
Aku tidak melakukan selain perbuatan tersebut,maka buatlah sesuka hatimu terhadapku".
Tetapi Rasulullah SAW tidak berkata apa-apa,lalu lelaki itu pun berlalu pergi dan Umar berkata:"Sesungguhnya Allah telah menutup (keaiban) dirinya sendiri".
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Kembalikan dia kepadaku".Lelaki itu dipanggil semula kepada Baginda lalu dibacakan ayat Allah yang bermaksud:"Dan dirikan solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu permulaan malam (iaitu maghrib dan isyak).Sesungguhnya,amal-amal kebaikan itu menghapuskan kejahatan.Perintah-perintah Allah yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat".(Hud 11:14).
Lalu Muaz r.a bertanya:"Wahai Rasulullah,adakah hanya untuk dia sahaja atau untuk manusia seluruhnya?".Baginda menjawab:"Bahkan ia untuk manusia seluruhnya".(HR Ahmad).

No comments:

Post a Comment