KENALI SEBENAR DIRIMU
________________________________________
Pada zahirnya jasad dan rupa kita berbeza dan beraneka.. Ada lelaki dan ada wanita, ada tua dan ada muda, ada hitam dan ada putih, ada teruna dan ada dara, ada duda dan ada janda..
________________________________________
Namun pada tahap ruh atau batin kita semua adalah sama sahaja, yakni merupakan sifat bagi illah.. Bagai garam dengan masinnya, bagai gula dengan manisnya, demikian sifat dan zat itu tidak mungkin terpisah..
________________________________________
Jasad tanpa ruh disebut mayat atau bangkai, dan jasad itu hanya menjadi sempurna ketika ia "menyatu" dengan ruh, dan pada ketika itu, ia disebut "INSAN".. Maka nyatalah firman illah pada hadis qudsi yang bermaksud: "insan itu rahsiaku, dan aku rahsianya"
________________________________________
Ketika ia sempurna, ia digelar Insan dan ia diberi nama "Adam".. Seluruh malaikat dan Azazil (dulu Syeikh Azazil itu ketua sekalian para malaikat, merangkap guru tauhid mereka) telah diperintah untuk bersujud kepada Adam.. Bukan sujud kepada jasad Tok Adam, akan tetapi kepada "diri di sebalik diri" Adam itu, iaitu diri batin atau pun ruh...
________________________________________
Bukankah menyembah atau bersujud kepada selain daripada illah itu, adalah perlakuan Syirik? Dan tiadalah yang lebih dibenci illah selain perbuatan syirik.. Tiba-tiba illah memerintah agar para malaikat bersujud kepada Adam.. Mengapa demikian? Jawabnya, kerana di dalam Adam itu terkandung sirullah, atau pun rahsia-Nya juga..
________________________________________
illah itu wujud tetapi, di sebalik tidak nyata,. Wujud illah terzahir pada ruh dan tidak lagi dipanggil illah, tetapi sebagai 'jiwa".. Fahamkanlah
No comments:
Post a Comment