Erti Korban Yang Sesungguhnya
________________________________________
Maksud korban adalah bererti sembelih. Manakala maksud sembelih pula, adalah bererti memutuskan nyawa dari badan jasad atau pun jasad. Memutuskan nyawa dari badan atau jasad itu pula, apakah maksudnya? Inilah yang ramai orang tidak faham dan tidak mengerti.
________________________________________
Ramai di kalangan kita hanya faham bahawa korban itu adalah upacara sembelih lembu, kerbau atau unta. Sedangkan maksud atau pengertian sebenar “Korban” itu, tidak ada kena mengena dengan lembu, kerbau atau unta. Lembu, kerbau atau unta itu, hanya sekadar kiasan atau simbolik sahaja.
________________________________________
Korban atau sembelih itu, sebenarnya bertujuan bagi mengajar kita tentang erti penyerahan nyawa. Kita hendaklah berserah diri kepada illah, bukan sahaja setakat anggota tujuh, akan tetapi erti berserah diri kepada illah itu, hendaklah sampai kepada tahap nyawa atau roh. Itulah sebenar-benar pengertian atau maksud di sebalik perkara korban.
________________________________________
Selama ini, kita terlepas pandang yang bahawasanya roh atau nyawa kita itu, sebenarnya bukan hak kita, bukan juga harta kita dan bukan pula milik kita. Nyawa itu sendiri, adalah milik illah. Nyawa atau roh itu, adalah Sang Raja atau Sang Sultan kepada kita.
________________________________________
Biar pun dia itu selaku Raja atau Sultan, tidak semestinya dia yang berkuasa. Berkuasanya roh yang memerintah kerajaan diri kita itu, adalah juga milik illah. Maka dari itu, segala yang menjadi milik illah itu, hendaklah dikembalikan semula kepada illah. Itulah dia erti korban yang sesungguhnya.
No comments:
Post a Comment