🌷Salam Jumaat Ya Kekasih Allah"❤️
"Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya 'SEJENIS ILMU' dari sisi Kami" - Surah 18. Al Kahfi Ayat ke 65.
"Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau TIDAK mengetahuinya secara meliputi? "- Surah 18. Al Kahfi Ayat ke 68.
"Tapi senyum sajalah .. senyum sajalah pada yang tidak memahami tetapi masih saja tampir kedepan menghina mencaci.. sedangkan sehari lima kali kita berpeluang untuk mengusuli apa yang kita lakukan, selepas memberi salam renunglah sebentar.. bersertakah Khusyuk didalam Solat kita sebentar tadi.."
"Ramai yang hanya gemar mengajak ke rumah ibadat, tetapi tidak ramai yang mahu mengajar dengan tepat tentang apa yang perlu tahu sebelum melakukan itu ibadat."
Surah 18 Al Kahfi pada ayat 103-104 dan 105.- "Katakanlah wahai Muhammad: "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?"103 -
"Iaitu orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". - 104
"Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak." - 105.
Maka disini kita sedari bahawa masing-masing jelas memiliki akal Dan Hati, tinggal lagi pada suasana akal dan hati itu sendiri. 'Ingin berjujur' atau terus menjalani dengan membuta tuli dengan tidak lagi mahu perduli akan apa yang terjadi didalam itu Rukun Qalbi...,
Terserah pada ampunya diri, 'pergilah seingin kehendak hati dan diri, asal saja jangan ada perlakuannbenci dan sakit hati.. Kerana masing masing adalah masing masing apabila mempersoalkan kejujuran hati akan kaedah penyerahan diri sebenar diri"
. . ❤️
No comments:
Post a Comment