๐๐ฝ❤️
Aku ingat lagi suatu ketika dahulu, pada tahun 1976, Arwah Kak Aini, Kak Noriah, Kak Nor Ain dan Kak Aja, semasa tu aku baru berusia 8 Tahun. Telah terpaksa pergi ke dalam masjid kampung Bagan Lebai Tahir Butterworth. Bagi untuk turut sama berserta dengan anak anak kampung yang lain. Duduk di Hadapan Ustad Mat. Mengaji ilmu Sifat 20 dan pelajaran ilmu Fekah.
Semasa itu Ustad Mat mengambil upah untuk satu kepala, adalah Seringgit sebulan.
"Dengar.. tahu, tetapi tak paham.. gagal untuk menghadam dari sudut Tahakik dan Tajali..hanya dengar hanya diam"
Dan tiba pada tahun 1982, Ayah pernah bawa aku ke Tanjung Piandang. Bertemu Gurunya Tuan Guru Ayah haji Yazid. Ok! disini ada sedikit kefahaman yang mula dapat ku kecapi! Pecahan sifat 20 nya jelas dapat ku teliti dan ku kaji..
Pada tahun 1986, Ayah ku mula menuntut di Kg Lubuk Puyu Kuantan Pahang. Maka berulanglah kami bermotosikal dari Butterworth Pulau Pinang ke kuantan Pahang hanya demi demi untuk berguru didalam kaedah ilmu mengenal Allah yang satu..
Dan bersama guru yang kali itu, pecahan Sifat 20 nya lebih dapat ku hadami ke arah Sifat Allah yang ada diamanahkan pada zahir batin sekujur tubuh ku ini..
MasayaAllah maka pahamilah aku akan yang sering Allah sebut tentang 'MELIPUTI'..
Dan beberapa saat tadi, kala 'playlist' dalam handphone ku melagukan lahu SATU dari Dewa 19.. Aku tersenyum sendiri.. dan Hati pun berkata..
"Ah! alangkah mudahnya dizaman internet ini, berbagai kaedah jalan ilmu sangat mudah di kecapi.. tinggal lagi yang buta mata hatinya atau yang terang mata hatinya..."
. . ❤️
No comments:
Post a Comment