Wednesday, 29 January 2020

lepat

Semalam selepas pulang dari Melaka, lepak minum petang di Anggun Khadijah,
Sorang Sahabat datang duduk disebelah aku.
"Pat! Kau tengok ni!, ada video terbaru orang baru letak kat Youtube! Adik aku forward kat aku, entah siapa bikin!!" -bersungguh penerangan dari Sahabat ku yang bernama Azam the Roi.
"Tak mau la Zaaaam.., aku tak mau la layan video yang dok hentam aku, what is for? Truly watsting my time.. biaq pi la apa orang nak kata kat aku Zaaam.... Aku dah lalui macam-macam Zaaaam, katalah apa depa nak katakan, sekarang aku nak layan yang sempoi ja, Aku ni pun nak hidup brapa lama lagi pun aku tak tau??
Selagi masih ada usia tersisa, Aku nak belanja akal dan perasaan ku dengan apa yang sempoi, indah, positif dan menceriakan jiwa ku.. itu saja, that is mean, that it!!"
"Dak Paaat!!! Hat ni lain, hang dengar la dulu! Ni dari Ustad yang hang dah anggap Sahabat baik hang!! Ustad UAI kot!! Ustad Azhar Idrus nii!!!" - balas Azam the Roi.
Mendengar itu, Aku pun layan..
Jelas walau di edit dari segi penulisan, namun Hati ku tersentuh dengan apa yang di terangkan oleh UAI yang ku hormati... inilah isi kebatinan Islam,
TAHNIAH Ustad.. Kami sedar akan bertapa banyaknya Ustad yang tumbuh bak cendawan selepas Hujan, namun "You are still the Best!!!". Dan memang benar kata Ustad.. "Fitnah is no good!,
it is so bad for the Soul spirit.."
Orang yang berpenyakit hati sahaja yang hanya akan merasa selesa bila melakukan fitnah. Hati mereka tidak merasa jijik walau di kias tak ubah seperti memakan daging Saudara mereka sendiri, ini adalah disebabkan akal mereka telah ditipu oleh permainan 'Sangka menyangka dan menduga-duga'.., Mata mereka juga telah BUTA didalam mengenal yang meliputi.. Maka mereka pasti akan disoal akan apa yang mereka telah kerjakan.."
Sehingga apabila mereka datang ke tempat pengadilan, Allah Taala berfirman: "Adakah kamu mendustakan ayat-ayat keteranganKu dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi? Atau apakah yang kamu telah lakukan?"- Surah 27 Ayat ke 84 ๐Ÿ™๐Ÿฝ❤️๐ŸŒท
"Hello Lovers! Kita Jalan terus!"๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ✌๐Ÿฝ❤️
Tonton bersama dengan rakan atau dengan kumpulan
Komen
Tuliskan komen...

No comments:

Post a Comment