Wednesday, 29 January 2020

lepat


Assalamualaikum Para ulamak Fekah di kawasan Sabah. Dan Ahli Majlis Agama Sabah.. atau apa sekalipunlah yang berjabatan didalam perihal Agama Islam di Sabah.. ๐Ÿ™๐Ÿฝ๐ŸŒท
"How are you guys? Really hope you all sihat and doing fine dan juga tidak lupa untuk enjoy life seperti Ahli Makrifah yang telah lama melihat kehidupan ini tiada lain melainkan senda gurau.." amin ๐Ÿ™๐Ÿฝ❤️
"Saya disini dengan merendah diri menyusun sepuluh jari ๐Ÿ™๐Ÿฝ, serta bersama seberkas akal waras ingin bertanya kalian semua. Akan apakah hukumnya jika Seorang penceramah Agama menyebar Fitnah? dan dengan sewenang wenangnya melakukan tudugan liar.."
"Saya yang bernama Ismail Ariffin atau lebih senang di panggil dengan nama samaran Lepat. Telah difitnah dengan teruknya sedangkan tiada sekalipun Ahli tertinggi majlis Fatwa atau tiada satupun Mahkamah Syariah di Malaysia pernah menjatuhkan keputusan bahawa Saya ini telah sesat.. and thats the fact!, ๐Ÿ™๐Ÿฝ tidak pernah sekalipun didapati sesat.."
Jadi bagaimanakah rupa wajah hukum didalam Islam yang maha adil lagi mulia. Jika seirang itu dituduh sesat dengan tanpa di soal siasat?. Apakah hukumannya ke atas si oenyebar fitnah di bumi Sabah?? I love to know it.. please๐Ÿ™๐Ÿฝ
"Tidakkah cukup Al Quran memberi nasihat, dengan berkata beruntunglah mereka yang mengunakan Akal mereka, dan perbuatan memfitnah adalah tidak ubah seperti memakan daging Saudaranya sendiri.."
'Sejujurnya saya masih mampu melemparkan senyuman kepada orang biasa yang melakukan fitnah ke atas saya, tetapi apabila gitnah datang dari seorang penceramah Agama, ini adalah sesuatu yang tidak masuk di akal,
Apakah jenih Hati yang di miliki oleh Penceramah yang tinggal di bumi Sabah ini?? Sebegitu mudah menabur fitnah, tidakkah Ulamak Sabah merasa Malu? dengan memiliki seorang penceramah agama yang begitu sombong dan melulu.
"Tidakkah dia terfikir akan apakah Perasaan Saya, berasaan Anak saya Aminah Azali, sanak saudara yang lain juga perasaan para Sahabat saya dan juga perasaan Fan saya yang berada di bumi Sabah? Apa perasaan mereka bila terbaca baris tuduhan yang sedemikian buruk dan tidak berasas ke atas saya.."
"Di akhir kata, semua orang tahu, akhir zaman adalah zaman penyebaran fitnah, tetapi yang peliknya mengapa harus penceramah Agama yang menabur fitnah?. Renung renunglah.
Sekian Wasalam. ๐Ÿ™๐Ÿฝ❤️๐ŸŒท
P.s
Dan nasihat saya pada Ustad Fekah yang menabur fitnah ke atas saya dan ke atas Ustad Wan Hizam.. "Janganlah sampai tersesat didalam Janggut sendiri.."
๐Ÿ™๐Ÿฝ❤️

No comments:

Post a Comment