TAKDIR DAN WAKTU
________________________________________
Semua yang telah terjadi adalah takdir, cintaku. Takdir tidak terpengaruh sama sekali oleh penilaianmu, atau tangis-tawamu. Ia adalah sesuatu yang bebas-nilai. Engkau tidak punya kuasa terhadapnya sebagaimana kau pun tidak punya kuasa terhadap masa lalumu. Engkau tidak mampu menghidupi masa lalumu.

Yang engkau punyai hanyalah masa kinimu, yang sesungguhnya—jika kau renungkan baik-baik—berada di dalam kekosongan. Apakah masa kini itu? Engkau tidak mungkin mampu menangkapnya, mendefinisikannya, atau pun memberikan batasan terhadapnya. Saat engkau cuba untuk menangkapnya, segera ia melompat kepada masa lalu.

Maka dari itu, bolehkah masa kini itu ditunjuk? Ketika engkau menunjukkan masa kini, maka ia pun segera melepaskan diri dan menjadi masa lalu. Jika perkara ini demikian adanya, maka ketahuilah wahai saudaraku, bahawa engkau sendiri hidup di dalam kekosongan. Kau itu pada hakikatnya adalah kosong, cintaku.

No comments:
Post a Comment