Friday, 22 March 2019
fb d
Tidak ada yang dapat mengegarkan tiang arash tuhan, melainkan kalimah syahadah. Letupan gunung berapi dan laungan malaikat israfil semasa hari perhimpunan/pembalasan di hari kiam/kiamat/berdiri/tertegak di akhir zaman , tidak sedikit pun dapat mengegarkan tiang arash , melainkan hanya kalimah syahadah dari umat manusia yang mengenal tuhan.
Begitulah besar , tinggi, hebat serta dahsyatnya ucapan kalimah syahadah itu, bila ianya dilafaz dengan pengetahuan ilmu mengenal tuhan, sehingga ianya dapat mengegar dan mengocang pintu hati dengan rasa yang amat hebat dan dahsyat. Kalimah syahadah yang keluar dari peti suara kita, janganlah sama dengan suara yang keluar dari pita rakaman radio kaset atau dari peti suara seekor burung tiung.
Untuk membezakan lafaz kita itu, berbeza dengan lafaz kanak kanak yang belum baliqh atau lafaz burung tiung , kita hendaklah mengenal diri dan mengenal tuhan. Barulah lafaz kita itu , benar benar lafaz kalimah syahadah yang sebenar benarnya berbeza dari mereka yang tidak mengenal tuhan . Barulah lafaz syahadat kita itu ada saksi , bersaksi dan ada yang menyaksikannya . Kalimah syahadahlah yang menetukan dan membezakan apakah kita itu, benar benar seorang beriman dan islam sepenuhnya atau tidak . Apabila benar dalam bersyahadah , maka akan benarlah dalam solat/sampai dan benarlah juga menjadi seorang islam muslim yang beriman.
Yang bersyahadah , yang berjanji dan yang bersaksi itu adalah roh. Yang menjadi saksi dan yang menerima penyaksian kita itu , adalah tuhan sendiri, tanpa ada makhluk perantaran . Manakala anggota tubuh dan makhluk sekalian alam ini, hanya bertindak selaku pemerhati dan selaku menyaksikannya sahaja . Ingat itu!!!!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment