Tuesday, 12 March 2019

fb l


❤️MARI MENARI-27❤️
.
“Aku sering merasa yang entah apa? Mungkin disinggahi bosan atau mungkinnya tak tersedar bahawa kekusutan masih saja bersarang di kerak minda.
Malam terasa begitu panjang, babak kesal dan muak sering datang melayang melintasi mata hati, sementara lelap mimpi yang seketika hanya membuahkan fikiran yang semakin resah dan kecewa, Lantas wajarkah aku bangun berteriak di tengah dada malam, demi hanya mengurangkan rasa kalah dan beban yang menyengkang dikedua kelopak mata ku...“
🙏🏽 “Datanglah segera wahai Pagi, ingin segera ku peluk mu, ingin segela ku khabarkan tentang malam ku yang celaka, ingin ku tumpahkan sakit hati ku, manalah tahu mungkin dapat ku raih simpati dari mu dan segera dapat berteduh dalam pelukkan mu, ciumlah jiwa, bercandalah dengan ku yang amat merindui teduh kasih mu..“
“Berkali sudah ku katakan kepada mu Ya kekasih.., Saat kamu bangun menceritakan prihal mimpi, sebenarnya kamu telah berada didalam kenyataan yang nyata!, Apa ertinya Tafsir segala FirmanNya?, jika kamu hanya mempetaruhkan akal dan hati mu kepada andaian dan khayalan semata-mata, Surrender means seeing that "I am not separate", just SEEING that "I am not separate."
Dan di peringkat pahaman yang
di tingkat ini nothing is to surrendered!!, it is just a nonsense idea, a dream is no more there because you are already awake!!.🙏🏽
Kita adalah SATU! Dan Kita adalah CINTA, jangan bermain kata-kata di singgah sana yang tiada lagi selainnya melainkan cinta. 🙏🏽❤️
Maka di sudut manakah dapat kita sembunyikan sebuah kenyataan yang sememangnya telah Nyata!,
“Affair is affair!, when ‘Love affair’ is gone what is left there are simply ‘Hatred affair’, but Lover NEVER surrender to each other, lovers simply surrender to LOVE, sedar atau tidak setuju mahupun tidak, itulah HAKIKAT sebenar benarnya..
Selanjutnya pejam mata mu senyum dan biarlah Hati kita terus MENARI melintasi malam,
Senyumlah kerana kita telah dan sedang menempuh sebuah perjalanan yang terhanya kita yang dapat merasakan, indahnya, sakitnya, keterdedahannya, dan rahsia didalam rahsianya, dan semuanya terhanyalah di asbabkan oleh Nya jualah.. 🙏🏽❤️
Maka perhatikanlah sahaja dan cubalah untuk pamirkan senyum kepada isi Dunia dan kisah-kisah didalam nya.. 🙏🏽❤️🌹✌🏽

No comments:

Post a Comment