MERUNTUHKAN PAGAR KEJAHILAN
________________________________________
Syariat dihebahkan oleh ulamak tetapi Tarekat dan Hakikat oleh Masyayakh (Syeikh-syeikh Sufi). Ulamak menjaga supaya dosa dan maksiat tidak bermaharajalela di muka bumi ini. Mereka menyatakan kepada manusia tentang seksa Neraka dan nikmat Syurga. Tanpa Tembok Besar, maka Yakjuj dan juga Makjuj tidak dapat ditahan dari mengganggu keamanan dunia yang indah ini.

Namun begitu, jika berhenti di sini sahaja tanpa meneruskan perjalanan lagi, adalah ibarat mendirikan pagar di dalam perjalanan orang-orang yang mengembara menuju tuhan. Para wali tuhan membuang tembok pemisah ini dari perjalanan mereka. Mereka membuka tabir hijab dari mata salik sedikit demi sedikit, sehinggakan mereka nampak bahawa alam ini dipenuhi dengan nur tuhan.

Oleh kerana itulah, banyak daripada perlakuan wali tuhan yang kelihatan pelik di mata orang awam, malahan hina lagi berdosa dan dihukum sebagai ahli neraka pula oleh kaum fekah yang tidak memahaminya dengan mata hati. Di atas sebab-sebab inilah maka kita dapat lihat, beberapa orang daripada syeikh sufi yang meruntuhkan pagar dan tembok ini, seperti Al Hallaj dan Syeikh Siti Jenar, lalu terjadilah fitnah oleh golongan syariat.

No comments:
Post a Comment