Saturday, 9 March 2019

LANGKAH SETERUSNYA

LANGKAH SETERUSNYA
Yang harus dilakukan oleh para ahli yang telah mengenal diri itu bukanlah mengasingkan diri mereka dari masyarakat umum, tetapi tetaplah meneruskan kehidupan seperti biasa, iaitu hidup dengan kesedaran di tengah ramainya masyarakat, dan terus saja bekerja dan berusaha untuk membangunkan dunia sesuai dengan saranan oleh Sang Guru Sejati.
Tubuh zahirnya sibuk bekerja dan berusaha, sementara keadaan jiwa batinnya tetap saja dalam keadaan sedar. Di tengah kekalutan kehidupan dunia yang serba serbi, dan di tengah kehitaman jiwa dan sanubari, hatinya tetap dalam keheningan, diliputi kasih murni, dan senantiasa mengalirkan energi cinta kepada sesiapa saja yang bersamanya.

No comments:

Post a Comment