❤️MARI MENARI-10❤️
.
Salam Jumaat Kekasih🌹,
Aku masih merenung jauh ke dalam
isi kata kata Mu, 🙏🏽
.
Salam Jumaat Kekasih🌹,
Aku masih merenung jauh ke dalam
isi kata kata Mu, 🙏🏽
Di kala ku mengunci jendela ilmu, kala juga aku melepaskan jerutan pada tirai di muka pintu mata fikir ku, kata Mu,
‘Tiada kekuasaan dan tiada ketetapan pada hidup ini, sedarilah bahawa Hidup ini bukanlah seperti ‘Campur tolak kali dan darab’
‘BERHANYUTAN’ adalah pasangan pada ‘KELALAIAN yang dilumuti ‘KEAKUAN..’,
Aku terkesima dan sekali lagi kembali tenggelam di dalam kesedaran.. “Nothing is mine, Nothing is your,
Nothing is ours! and yet, indeed.., ‘NOTHING’ IS US!”
Nothing is ours! and yet, indeed.., ‘NOTHING’ IS US!”
Selantas tika itu lelangit terbakar kuning merah berkerak kekelaman yang mula membengkung. Jiwa ku pun kembali terduduk di atas kebekuan bara hati.
‘Peperangan ini WAJIB tamat disini, Hati HARUS tidak bersulamkan benci,
MUSTAHIL Sampan berlabuh jika dayung tak terkayuh...’
MUSTAHIL Sampan berlabuh jika dayung tak terkayuh...’
Hari-hari yang ku lewati telah remuk luluh dalam getaran emosi yang tak selari dengan apa yang ku impi dan harapkan...
Segala dan semuanya tiada tetap pada Paksi.., aku telah pun lemas terpedaya sendiri.
Segala dan semuanya tiada tetap pada Paksi.., aku telah pun lemas terpedaya sendiri.
‘Hidup yang ku pasrah panahkan, hilang ketepatannya, Kijang liar melompat berlari, Rusa tetap saja MENARI, Batang pohon besar tua dan kering yang akhirnya menerima nahas setengah mati..”
“Tragedi itu terjadi just as not as my wish..🙏🏽 “
Maka ku sedari, jika aku ingin hidup lebih kedalam kekinian.. maka aku harus bunuh segala kenangan dan buang logik ‘campur tolak kali dan bahagi’
Kerana HIDUP adalah lebih dari istilah segala itu.. “SATU”.. yang mananya terhanya bererti SATU!🙏🏽’ ❤️
No comments:
Post a Comment