Sedarlah diri , jangan merasa megah darjat dan pangkat dan kuasa , walaupun siapa kamu sama ada raja, tengku, tun, tan seri , dato dan sebagainya. Sedarlah dirimu itu hina dan najis.
Ingatlah tuhan sendiri berkata diri kita ini dijadikan dari air yang hina, dijadikan dari segumpal darah, hukum darah adalah najis bukan suci. Sedarlah bahawa dirimu itu hina, kotor dan najis . Dalam jasad kamu ada tiga najis yaitu air kencing, tahid dan darah. Sedarlah tanganmu setiap hari pengang najis , lebih lebih lagi waktu basuh jubor selepas berak. Jadi mana suci kamu, mana mulia kamu, mana hebat kamu dan ketingian darjatmu mana mana ? Sila tunjuk kepadaku !?. Tidak ada bukan, yang ada hanya hina dan najis, oleh itu usah nak banggakan diri ketahuilah kita ini hanya seketul najis. Bila kita mati , jasad ini menjadi bangkai, maka hukum bangkai itu najis. Jadi dijadikan dari najis kembali menjadi najis tiada pun menjadi kemulian. Sedarlah usah nak berlagak sangat kita .
No comments:
Post a Comment