Tuesday, 25 December 2018

AKU ADALAH KEKOSONGAN


AKU ADALAH KEKOSONGAN
________________________________________
Kita melihat alam semesta ini tersangatlah luas, sangat berwarna warni, dan juga sangat beraneka ragam sifatnya. Tetapi benarkah kewujudan ini, adalah wujud yang sebenarnya?
________________________________________
Daripada alam yang terbentang luas ini, marilah kita melihat dan fokus kepada skop yang lebih kecil lagi, ambil satu contoh yang mudah untuk difahami iaitu manusia..
________________________________________
Daripada seorang manusia yang serba kompleks binaan anatomi dan fisiologinya, marilah kita melihat dan fokus kepada skop yang lebih kecil lagi, iaitu organ jantung..
________________________________________
Daripada seketul daging jantung yang terus berdengup tanpa henti itu, marilah kita melihat dan fokus kepada skop yang lebih kecil lagi, iaitu otot-otot yang membentuk jantung..
________________________________________
Daripada serat otot jantung yang tersusun itu, marilah kita melihat dan fokus kepada skop yang lebih kecil lagi, iaitu sebuah sel yang mengandungi bahan tenaga untuk jantung..
________________________________________
Daripada sebuah sel yang teramat kecil itu, marilah kita melihat dan fokus kepada skop yang lebih kecil lagi, dalam erti kata lain bahan binaan asal kepada sel, iaitu sebuah atom..
________________________________________
Daripada sebuah atom yang teramat kecil itu, marilah kita melihat dan fokus kepada skop yang lebih kecil lagi, dalam erti kata lain adalah partikel subatomik, iaitu proton dan elektron..
________________________________________
Dan mengikut kajian yang telah dibuat, proton dan elektron itu, bahan asal binaan nya adalah 99.99999999999999999999 % ruang kosong!
________________________________________
Tidak berhuruf, tidak bersuara,
Tidak berjirim, tidak berjisim,
Tidak bersifat;
Itulah sebenar AKU.

No comments:

Post a Comment