HAKIKAT SEMATA
________________________________________
Maqam ini disebut juga dengan hakikat mujaradat atau dengan kata DARJAT HAKIKAT. Orang awan dan orang alim belum mendapat atau mencapai DARJAT HAKIKAT ini. Mereka hanya sampai kepada tingkat ilmu belaka. Belum lagi sampai kepada DARJAT HAKIKAT ILMU DAN MAKRIFAT. Orang yang berada pada tingkat hakikat semata ini, tiada lagi berpegang kepada kulit zahir dan nas dan dalil. Mereka telah menyeberang dari Al Quran dan Al Hadis.

MEREKA LANGSUNG MENUJU
TUHAN TANPA PERANTARA...
TUHAN TANPA PERANTARA...
________________________________________
Rasulullah S.A.W. sendiri, sebelum turunnya Al Quran, beliau beliau sudah makrifat kepada Tuhan Allah. Beliau cukup memakai dalil-dalil alam sekelilingnya. Itulah yang disebut KITABUL UJUD. Orang yang berada pada maqam ini berkata dengan sembarang kata, kerana mereka tidak peduli atas kaedah syariat. Makanya ulama-ulama syariat atau ulama fiqh menghukumkan zindik kepada mereka. Sebenarnya kata-kata zindik itu hanya kata-kata untuk menakuti sahaja.

Orang-orang siddiq yang kuat memegang syariat berkata-kata zindik itu hanya supaya jangan ditiru oleh orang yang dangkal ilmu pengetahuannya. Jadi saya yakin, bahawa hakikat semata ini dapat dibenarkan, asalkan orang itu benar-benar mendalam, dan dalam ilmu makrifah dan telah sampai ke puncaknya.
________________________________________
RASULULLAH S.A.W. sendiri pernah bersabda, dan tiba-tiba disuruh Tuhan menutup lidahnya, agar terpelihara syariat MUHAMMAD. Para sahabat mengumpulkan dan mencatat semua hadis nabi s.a.w. tetapi nabi melarang mereka mencatat hadis-hadis nabi yang sangat rahsia, kalau dicatat semua maka bisa membawa fitnah besar.

Para sahabat sering membicarakan soal yang mendalam. Sampai-sampai keluar dari al quran dan al hadis, dan nabi s.a.w. sering melarang. Sebab sabda beliau: tidak semua umatku yang mencapai maqam ini. Dan nanti bisa membawa fitnah besar, dan sabda nabi s.a.w. yang sangat rahsia itu hanya dibisikan orang di telinga yang beroleh ilham.
________________________________________
Dan RASULULLAH s.a.w. sendiri pernah bersabda, yang ertinya begini: AKU ALLAH TIDAK ADA TUHAN, MELAINKAN AKU.

Demikianlah hadis sahih yang pernah saya temui di dalam sebuah kitab tasawuf yang sangat mendalam sekali isinya. Maka apabila saya syak dan ragu dengan hadis ini, maka kafirlah saya pada saat ini juga. Dan bakarlah saya dengan neraka jahanam itu. Dan turunkanlah bala bencana yang hebat di dalam dunia ini juga. Dan janganlah engkau terima taubat saya sampai hari kiamat.
No comments:
Post a Comment