Mak Cik Siti Kasim dan 'Tuhan Getaran'
Dlm satu temu ramah pada tiga tahun lepas yang tiba-tiba menjadi viral baru-baru ini, mak cik Siti Kasim menyatakan bahawa dgn 'vibe' kita menghasilkan 'tuhan'. Tapi kebanyakan media yang berbahasa Melayu menterjemahkan perkataan 'vibe' kepada 'getaran'.
Terjemahan itu sendiri dah salah. 'Vibe' dlm bahasa Melayu bukan 'getaran'. Sudah berlaku ketidakjujuran di situ. 'Getaran' dlm bahasa Inggeris ialah 'vibration' dan bukannya 'vibe'. Bahkan tak ada satu istilah pun dlm bahasa Melayu yang selari dengan maksud 'vibe'. Kata seerti 'vibe' ialah 'aura'.
Aku bukanlah nak kata setuju dengan semua benda yang mak cik ni cakap, tapi sebenarnya pemahaman mak cik Siti Kasim tentang Tuhan ni bukannya pemahaman yang baru dan bukan pula pemahaman 'liberal' gaya Barat. Sebenarnya pemahaman mak cik Siti Kasim tentang Tuhan ni dah lama dah wujud dlm sejarah Islam.
Pada zaman Khalifah Abbasiyyah, perbahasan mengenai kewujudan Tuhan serta ciri-ciri dan sifat-sifat Tuhan sudah mengambil tempat dlm masyarakat umum. Antara ilmuan Islam pada zaman itu yang mempunyai pemahaman yang lebih kurang sama dengan mak cik Siti Kasim ni ialah:
1. Jalaluddin ar-Rumi. Kalau disebut nama Rumi, tentu semua orang kenal. Tak kisah lah di Timur ke, di Barat ke, orang tetap kenal Rumi. Rumi ialah seorang penyair dan juga seorang agamawan tersohor pada zaman itu. Mesej Rumi tentang Cinta mendapat tempat di hati semua orang tanpa mengira latar belakang, agama mahupun bangsa. Rumi pernah menyatakan sesuatu yang berbunyi begini:
"Aku mencari Tuhan dan yang kutemukan adalah diriku, dan aku mencari diriku dan yang kutemukan adalah Tuhan."
2. Ibn Arabi. Beliau merupakan tokoh Sufi yang disanjungi sehingga ke hari ini. Pandangan Ibn Arabi tentang Tuhan:
"Tuhan beradu di dalam batu, bermimpi di dalam tumbuhan, bergetar di dalam binatang, dan berjaga di dalam manusia."
3. Mansur al-Hallaj. Dituduh terlampau sesat sehinggakan beliau dihukum bunuh oleh kerajaan Abbasiyyah, al-Hallaj merupakan seorang mistik dan seorang tokoh Sufi yang disanjungi oleh segerombolan ahli Sufi sehingga ke hari ini. Kata-kata al-Hallaj tentang Tuhan ini telah membuatkan al-Hallaj dituduh sesat malah kafir oleh sesetengah Muslim:
"Aku ialah Kebenaran (al-Haqq)."
Terdapat beberapa pandangan yang menyatakan bahawa hukuman bunuh terdapat al-Hallaj adalah lebih bersifat politik daripada agama kerana al-Hallaj mahu membawa reformasi kepada kerajaan Abbasiyyah pada ketika itu.
4. Ibn Rushd. Beliau seorang ahli falsafah Islam dan beliau punya pandangan sendiri tentang Tuhan. Beliau terkenal kerana paradoks 'Maha Kuasa' yang beliau kemukakan. Ibn Rushd pernah menyatakan:
"Bolehkah Tuhan yang Maha Kuasa menciptakan batu yang sangat berat sehinggakan Dia sendiri tidak boleh mengangkatnya?"
Keempat-empat ilmuan yang aku senaraikan semuanya Muslim dan semuanya mempersoalkan ciri-ciri dan sifat-sifat Tuhan. Adakah diorang semua ateis dan tidak percayakan Tuhan? Tidak! Bahkan diorang mungkin lebih paham tentang agama berbanding kebanyakan orang yang menuduh diorang sesat dan kafir.
Pahaman cabang akidah ini disebut "wahdatul wujud". Ini bermaksud hanya satu sahaja yang wujud, iaitu Tuhan (tunggal), dan segala apa yang ada dlm seluruh alam semesta yang maha luas ini hanyalah manifestasi Tuhan. Tapi adakah pahaman ini selari dengan nas? Dlm al-Qur'an, ada disebutkan bahawa Tuhan itu lebih dekat daripada manusia daripada urat leher manusia itu sendiri:
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (50:16)
Dlm ayat yang lain ada disebutkan bahawa Tuhan itu wujud di Timur dan di Barat:
"Dan kepunyaan Tuhanlah Timur dan Barat, maka ke mana pun kau menghadap maka disitulah wajah Tuhan. Sesungguhnya Tuhan Maha Luas lagi Maha Mengetahui." (2:115)
Pemahaman ini juga dirasionalkan pada zaman kini melalui pemahaman sains, iaitu Law of Conservation of Energy (first law of thermodynamics) yang menyatakan bahawa:
"Energy can never be created nor destroyed (tenaga tidak akan boleh dicipta mahupun dihapuskan)."
Kalau tenaga tidak boleh dicipta, macam mana boleh wujudnya tenaga? Jadi untuk memahami konsep sains ini, pemahaman ini dirasionalkan dan diselarikan dengan Akidah at-Tohawiyyah yang menyatakan bahawa:
"God is eternal with no beginning and everlasting with no end (Tuhan itu abadi tanpa permulaan dan kekal tanpa pengakhiran)."
Oleh itu, Tuhan dianggap satu dengan tenaga, dan tenaga dianggap nama lain bagi Tuhan. Pemahaman ini disebut sebagai pantheisme dan pengikut pahaman ini berpendapat bahawa segala apa yang wujud dalam alam semesta ini ialah manifestasi Tuhan. Pahaman ini sama seperti pahaman yang dipelopori oleh ilmuan agama zaman Khalifah Abbasiyyah yang aku senaraikan tadi.
Sama ada kita setuju atau tidak dengan pahaman ini, itu lain cerita. Ceritanya sekarang ialah macam mana kita tahu bahawa hanya pahaman kita sahaja yang betul sedangkan pahaman yang lain semuanya salah?
Kau tengok sahajalah dalam kelompok Ahli Sunah Waljamaah itu sendiri ada yang kafir mengkafirkan sesama sendiri hanya kerana satu kumpulan percaya bahawa Tuhan wujud tak bertempat dan satu kumpulan lagi percaya bahawa Tuhan duduk di atas 'Arasy di langit ketujuh. Sedangkan dua-dua Muslim dan dua-dua ikut kitab yang sama.
Tak semua orang paham Tuhan dengan cara yang sama. Tak semua orang paham Tuhan dengan cara pemahaman kau. Kau tak akan paham macam mana seseorang boleh capai konklusi macam mana dia mengtakrifkan Tuhan sebagaimana dia pun tak boleh paham macam mana kau boleh capai konklusi kau sendiri macam mana kau mengtakrifkan Tuhan. Adakah dia serta merta kafir hanya kerana dia tak paham Tuhan dengan cara kau paham Tuhan? Tuhan ada jumpa kau dalam zat Dia? Tak ada sesiapa pun pernah nampak Tuhan, jadi macam mana kau kata hanya pahaman kau sahaja yang betul sedangkan yang lain semuanya kafir?
Pemahaman setiap manusia tentang sesuatu perkara adalah berbeza-beza mengikut tahap kemampuan, tahap ilmu, pengalaman dan masyarakat setempat masing-masing. Dan sebagai manusia, pemahaman kita terhad sebab manusia tak sempurna. Tuhan itu Maha Sempurna, tetapi akal kita tak sempurna untuk memahami kesempurnaan Tuhan. Sedangkan pada zaman Sahabat pun diorang berbalah tentang pohon tamar, apakan pula zaman sekarang ini apabila manusia berbalah tentang Tuhan.
Sebab itu pentingnya belajar ilmu falsafah dan cabang-cabang ilmu teologi supaya kita tak ada lah nampak dungu sangat. Tundukkan rasa bongkak dlm diri dan belajar untuk cuba memahami bahawa setiap manusia adalah berbeza-beza. Bukan suruh untuk terima, tapi suruh untuk paham bahawa tak semua orang paham dengan cara pemikiran kau sorang. Lagipun, bukankah bongkak itu sendiri sifat Iblis dan juga disebabkan bongkaklah Iblis dilaknat selama-lamanya. Ini tidak. Dah lah berlagak bagus, bodoh sombong pula tu. Sekian leteran tentang mak cik Siti Kasim dan 'Tuhan Getaran' dia.
No comments:
Post a Comment