Allah itu nyata yang teramat nyata terang benderang lebih terang dari cahaya matahari sehingga tiada bayang bayang. Kerana cahaya tiada bayang bayang. Allah itu tiada qhaib tiada dibatasi oleh sesuatu tiada berhijab ia nyata senyata nyatanya, sebelum mata kita celik Allah sudah nyata. Wajib bagi kita menyatakan Allah , kerana Allah itu nyata bukan qhaib. Maka amat mustahil jika kita tidak dapat melihat Allah didunia ini , diakhirat sudah tentu tidak dapat melihatnya jua. Kamu buta didunia tidak melihat Allah maka diakhirat nanti kamu akan dibutakan dari melihat Allah. Firman Allah dalam surah Al Israak:
Barangsiapa yang buta di dunia ini, nescaya ia buta pula diakhirat dan lebih sesat jalannya.(ayat:72)
Yang membutakan kita dari melihat Allah itu adalah diri kita sendiri, kerana kita tidak mahu mengenal dan mendekatkan diri kita kepada Allah . Ketahuilah Allah itu nyata dan wajib keata kita menyatakan Allah . Maka jangan sesekali berdusta dengan mengatakan Allah itu qhaib atau terhijab tak dapat dilihat, kerana itu kata kata atau ucapan orang orang yang berdusta atas Allah.
No comments:
Post a Comment