Al Mahdi Sudah Berada di Tengah Kita
Setelah usai perbicaraan dari sudut teori dan konsep seiring mengetahui pendapat yang muktamad dalam mengenal antara penuntut sebenar dan penuntut palsu berdasarkan tatacara Ilahi ini, yang Allah jamin keterpeliharaannya daripada jatuh ke tangan-tangan para penyeleweng. Oleh itu, kita wajib melihat tatacara ini sebagai pembuktian yang wujud semenjak zaman diserukan umat manusia supaya mengambil firmanNya SWT sebagai syiar mereka:
{Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat daripada jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.}[1]
Siapakah Mahdi Sang khalifah Allah itu?
Kini telah tiba seorang tokoh yang menuntut kedudukan tersebut bernama Ahmad Al Hassan. Beliau a.s berkata:
“Khusus buat muslimin ahlus sunnah, ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w telah menggesa mereka agar mendukung Mahdi. Baginda menamakannya sebagai Mahdi sang khalifah Allah sebagaimana yang disebutkan oleh hadis-hadis sahih dalam kitab-kitab ahlus sunnah. Saya telah datang kepada mereka dan nama saya menyerupai nama Rasulullah s.a.w iaitu Ahmad, sementara nama bapa saya menyerupai nama bapa Rasulullah s.a.w iaitu Ismail sebagaimana yang dinaskan dalam riwayat-riwayat. Rasulullah s.a.w sendiri bersabda: “Aku adalah putera dua sembelihan iaitu Abdullah dan Ismail.” Saya telah datang kepada kalian dengan membawakan nas penamaan yang disifatkan ianya sebagai terpelihara dari kesesatan bagi orang yang berpegang teguh dengannya. Saya datang dengan ilmu dan juga panji baiah milik Allah.
Oleh itu, bertakwalah kalian kepada Allah, wahai umat Muhammad s.a.w! Patuhlah pada kebenaran serta ikutilah Mahdi sang khalifah Allah, yang Rasulullah s.a.w telah serukan kepada kalian supaya mendukungnya walau terpaksa merangkak di atas salji…”[2]
Telah tiba Mahdi Sang Khalifah Allah bernama Ahmad Al-Hasan a.s dengan tiga fasal dalam Tatacara Mengenal Hujat Allah:
Nas: ianya telah disebutkan terdahulu bahawa namanya adalah Ahmad. Namanya mirip [Yuwāṭiʿ] nama Nabi s.a.w, sementara nama bapanya adalah Ismail iaitu nama bapa Nabi s.a.w kerana beliau adalah anak dua sembelihan, iaitu Abdullah dan Ismail bin Ibrahim a.s.
Ilmu: beliau telah menjelaskan perkara-perkara besar [ʿadhāim al-`Umūr] yang belum pernah ada penjelasannya sebelum ini. Beliau telah menerbitkan banyak buku dalam pelbagai bidang ilmu seperti:
▪ memuhkamkan perkara-perkara mutasyābihāt [kesamaran]
▪ tafsir Quran
▪ kisah-kisah dan keadaan-keadaan yang menuntut keterangan dari para khalifah Allah
▪ Pegangan-pegangan akidah sebenar
▪ Makrifat-makrifat ketuhanan
▪ Penjelasan tentang apa yang disebutkan di dalam kitab-kitab Ilahi iaitu Taurat, Injil dan Quran
▪ Jawapan terhadap orang-orang ateis menurut kaedah ilmu sains moden yang menjadi sandaran mereka
▪ dan lain-lain lagi yang tidak mampu kami senaraikan kesemuanya di sini.
▪ tafsir Quran
▪ kisah-kisah dan keadaan-keadaan yang menuntut keterangan dari para khalifah Allah
▪ Pegangan-pegangan akidah sebenar
▪ Makrifat-makrifat ketuhanan
▪ Penjelasan tentang apa yang disebutkan di dalam kitab-kitab Ilahi iaitu Taurat, Injil dan Quran
▪ Jawapan terhadap orang-orang ateis menurut kaedah ilmu sains moden yang menjadi sandaran mereka
▪ dan lain-lain lagi yang tidak mampu kami senaraikan kesemuanya di sini.
Pemerintahan Allah (Hākīmīyah Allah): Mahdi sang khalifah Allah, Ahmad Al-Hasan a.s berkata:
“Seruanku adalah sama seperti seruan Nuh a.s, seruan Ibrahim a.s, seruan Musa a.s, Seruan Isa a.s dan seruan Muhammad s.a.w.
Bagi menyebarluaskan tauhid di setiap pelusuk bumi ini. Tujuan para anbia dan wasi-wasi adalah tujuanku. Aku memperjelaskan tentang Taurat, Injil dan Quran, serta segala perkara yang kalian perselisihkan di dalamnya. Aku menjelaskan penyelewengan pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani, serta ulama Muslimin sehingga menyebabkan mereka terkeluar daripada syariat Ilahi dan pencabulan mereka terhadap wasiat para anbia a.s.
Kehendakku adalah kehendak Allah SWT dan juga keinginanNya, supaya penduduk bumi tidak menginginkan sesuatu kecuali apa yang diinginkan oleh Allah SWT. Untuk memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ianya telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan sebelumnya. Untuk mengenyangkan orang-orang yang kelaparan dan tiada lagi orang miskin yang tidak mempunyai tempat tinggal. Untuk menggembirakan anak-anak yatim setelah kesedihan mereka yang panjang, serta para janda akan mendapati keperluan hidup dipenuhi dengan kemuliaan dan kehormatan dan banyak lagi. Perkara terpenting adalah melaksanakan apa yang terkandung di dalam syariat iaitu keadilan, kerahmatan dan kejujuran.”[3]
[1] Quran 16: 125
[2] Kitab Wasiat suci sebuah tulisan yang terpelihara dari kesesatan oleh Sayed Ahmad Al-Hasan a.s, halaman 25.
[3] Kitab Al-Jawāb al-Munīr, jilid 1, soalan no. 2
[2] Kitab Wasiat suci sebuah tulisan yang terpelihara dari kesesatan oleh Sayed Ahmad Al-Hasan a.s, halaman 25.
[3] Kitab Al-Jawāb al-Munīr, jilid 1, soalan no. 2
No comments:
Post a Comment