Thursday, 27 April 2017

Kalam

Adab yg paling besar itu ialah menjaga hatimu mengingati Allah. Rahmat Allah amat luas, maka jangan engkau berputus asa. Allah serta engkau dimana ada engkau, jangan batas Allah dengan tempat dan masa, sembahlah Allah disetiap tempat dan masa. Allah lebih dekat daripada urat lehermu, tiada antaramu dan antara Allah itu antara. Mengadulah kepada Allah, kerana Allah suka mendengar segala pengaduanmu. Selamatlah orang yg hatinya sentiasa berhadap kepada Dzat Allah dalam senang dan susah. Tiada Tuhan selain Allah, sabarlah, ridhalah, serahkanlah seluruh dirimu kepada Allah, tiada pergantungan kepada sesuatu  selain Allah. Allah-lah yg menghidupkanmu, Allah juga yg mematikanmu, Allah yg menanggung rezeki seluruh makhlukNya. Hiduplah bersama Allah, matilah bersama Allah, bangkitlah daripada kubur bersama Allah, disyurga engkau bersama Allah, tiada ruang untuk selain Allah dan cucilah hatimu bersungguh-sungguh daripada segala sesuatu selain Allah sehingga engkau menjadi hamba yg merdeka.

- BUTA SELAIN ALLAH

No comments:

Post a Comment